Penyelidik dari Sophos baru-baru ini telah mengeluarkan amaran tentang penemuan 23 aplikasi yang mengandungi perisian hasad yang ditawarkan di dalam Google Play Store.

23 Aplikasi tersebut didakwa membawa perisian hasad ‘fleeceware‘ yang berupaya menipu para pengguna menerusi telefon pintar yang terjejas.

Penyelidik Sophos bernama Jagadeesh Chandraiah menjelaskan bahawa, terdapat kecacatan pada terma dan syarat yang ditetapkan Google untuk pembangun aplikasi yang boleh dimanipulasi.

The new Google-issued rules are designed to address some forms of deceptive marketing display copy, but they also have some loopholes that permit other behaviour some might consider unscrupulous.” Jagadeesh Chandraiah.

IKLAN

Sebagai contoh, terdapat aplikasi yang mengiklankan kepada pengguna ia adalah percuma. Walaubagaimanapun, ia sebenarnya tidak menyatakan secara terangan di dalam kenyataan aplikasi bahawa ia cuba secara percuma (‘Try FOR Free’ atau ‘Start Free’.)

Disebabkan itu, pengguna tertipu dan tanpa sedar pembangun aplikasi tersebut mengaut untung tanpa pengetahuan pengunannya.

You sign up once, and find yourself subscribed to a bunch of different apps as the fleeceware apps advertise one another.Users sometimes unknowingly subscribe to hundreds of dollars worth of app subscriptions by clicking buttons like these.” Jagadeesh Chandraiah.

Berikut adalah 23 aplikasi Android yang didapati menipu penggunanya baru-baru ini oleh Sophos:-

  1. om.photoconverter.fileconverter.jpegconverter
  2. com.recoverydeleted.recoveryphoto.photobackup
  3. com.screenrecorder.gamerecorder.screenrecording
  4. com.photogridmixer.instagrid
  5. com.compressvideo.videoextractor
  6. com.smartsearch.imagessearch
  7. com.emmcs.wallpapper
  8. com.wallpaper.work.application
  9. com.gametris.wallpaper.application
  10. com.tell.shortvideo
  11. com.csxykk.fontmoji
  12. com.video.magician
  13. com.el2020xstar.xstar
  14. com.dev.palmistryastrology
  15. com.dev.furturescope
  16. com.fortunemirror
  17. com.itools.prankcallfreelite
  18. com.isocial.fakechat
  19. com.old.me
  20. com.myreplica.celebritylikeme.pro
  21. com.nineteen.pokeradar
  22. com.pokemongo.ivgocalculator
  23. com.hy.gscanner

Jadi, sekiranya anda anda memuat turun aplikasi-aplikasi di atas atau melanggan sebarang aplikasi yang meragukan, anda perlu menghentikan langganan aplikasi tersebut dengan segera.

Sumber: Mirror