Penggodam Warga Negara Britain Ditahan Selepas Melancarkan Serangan DDoS Terhadap Google dan Skype

Seorang warganegara Britain berusia 21 tahun telah ditahan oleh agensi penguatkuasa UK setelah dituduh mengakibatkan serangan DDoS terhadap Google dan Skype termasuk menjual 'malware' atas talian.

Suspek bernama Alex Bessel berasal dari Liverpool setelah disyaki menggunakan 9,000 bot untuk melancarkan serangan terhadap gergasi teknologi dunia. Masih belum diketahui berapa bila Bessel melakukan serangan tersebut dan berapa nilai jumlah kerugian yang ditanggung oleh pihak yang diserang.

Bessel juga menjalankan perniagaan atas talian dengan mewujudkan laman sesawang sendiri bernama AioBuy yang menjual pelbagai jenis barangan. Dia dilaporkan mendapat pulangan melebihi Rm 4 juta dari laman sesawangnya.

AioBuy menjadi platform popular di kalangan penjenayah siber kerana menjual alatan godaman. Bessel kini menghadapi 11 tuduhan atas pelbagai kesalahan.

Sumber