Tertuduh mengugut akan mendedahkan 382 juta data pengguna storan iCloud.
Seorang penggodam muda yang berasal dari bandar London telah dipenjara hari ini selepas dia melakukan ugutan jenayah terhadap Apple.
Tertuduh yang bernama Kerem Albayrak telah mengaku salah terhadap tuduhan jenayah yang dilakukannya pada ketika dia berusi 19 tahun dulu.
Dia mengugut Apple dengan menyamar menggunakan nama 'Turkish Crime Family' seolah-olah memberikan gambaran seperti terdiri dari sekumpulan grup penggodam dan mendakwa mampu mengakses berjuta data storan iCloud.
Pada mulanya dia telah mengugut Apple supaya membayarnya sebanyak 1000 kad iTunes atau USD75,000 dalam matawang kripto pada 12 Mac 2017 lalu.
Tetapi kemudiannya dia meminta pula bayaran sebanyak USD100,000. Pemintaan bayaran itu adalah bagi mengelakkan dia daripada mendedahkan dan menjual sebanyak 382 juta data pengguna servis storan awan iCloud Apple.
"Hello Apple I've decided to use all my servers and macroscripts on these accounts. If I don't get by payment by 3 December I will be hacking every iCloud account I have extracting all the notes and dumping them online."
Susulan dari ancaman yang diterima, Apple telah menghubungi tertuduh dan meminta supaya tidak melakukannya. Walaubagaimanapun, tertuduh marah dengan respon Apple itu.
"Well I would have tried to be nicer to you guys but your rep was being a complete p****. I'm not gonna release dump for free, I have a better plan, it's going to wreck your company LOL and when it does you'll be held responsible."
https://twitter.com/NCA_UK/status/1208107401691516933?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1208107401691516933&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.bleepingcomputer.com%2Fnews%2Fsecurity%2Fapple-blackmailed-for-100k-in-itunes-cards-to-avoid-data-leak%2F
Disabitkan kesalahan itu, dia telah mengaku salah atas pertuduhan yang dikenakan yang menyebabkan dia dijatuhkan hukuman penjara selama 2 tahun. Selain itu, dia juga turut dilarang menggunakan sebarang perlatan elektronik selama 6 bulan dan perlu melakukan 300 jam aktiviti berkaitan kerja sosial.
Sumber: Dailymail
Berkaitan
- WhatsApp Lancar 'Security Centre', 8 Ciri Untuk Tingkatkan Keselamatan Akaun WhatsApp Anda
- Volla Phone X23, Telefon Pintar Sokong 2 Sistem Operasi
- Meta Perkenal 2 Ciri Baharu Di Facebook, Sudah Tersedia Untuk Sebahagian Pengguna
- Rekod Dunia Swafoto Terbanyak Pernah Dimiliki The Rock Kini Dipegang Aktor Popular Bollywood
- Tiada Sindiket Penculikan Menggunakan Kereta Proton Wira - PDRM
- Satelit MEASAT-3d Dengan Sistem Darat JUPITER Luaskan Rangkaian Dan Tingkatkan Kelajuan Internet Di Malaysia Kepada 100Mbps
- Teknologi 'Deepfake' Menggantikan Wajah Robert Downey Jr. Kepada Wajah Tom Cruise Sebagai Iron Man
- "Facebook Menjadi Ancaman Utama Kepada Kesihatan Awam" - Avaaz
- SpaceX Mahu Tawar Teknologi Starlink Untuk Tentera Dan Kerajaan Pula
- Judul Permainan 'theHunter: Call Of The Wild' Sedang Percuma