Pengguna mendakwa tidak menyedari akaun mereka telah dihidupkan semula.
Laman berita BBC mendakwa, penggodam telah menemui cara yang membolehkan mereka menggodam Netflix dan mengaktifkan semula langganan servis penstriman tersebut terhadap akaun yang telah menamatkan langganan Netflix.
Penggodam dilaporkan, selepas berjaya mencuri atau meneka kata laluan pemilik akaun Netflix, penggodam mampu mengaktifkan semula langganan tanpa pengetahuan pemilik sebenar akaun Netflix tersebut.
Insiden penggodaman ini mampu dilakukan berikutan pihak Netflix menyimpan maklumat data pelanggan mereka termasuklah info bil langganan untuk tempoh 10 bulan dari tarikh pengguna membatalkan langganan mereka.
Salah seorang bekas pelanggan Netflix telah menyuarakan kekecewaan beliau di Twitter.
https://twitter.com/PorterPlant/status/1189032189188399104
Susulan daripada laporan itu, wakil bagi pihak Netflix telah respon kepada Business Insider.
“The safety of our members’ accounts is a top priority for us, and we are always working to improve this. We use a variety of measures to protect our members, notifying users to change their password when suspicious activity is detected, and when there is a sign-in to their account on a new device. If a member notices any unusual activity on their account, they should contact us immediately.”
Jadi, jika anda terkesan dengan insiden ini, terus laporkan segera kepada pihak Netflix.
Berkaitan
- Remaja 19 Tahun Ini Memperoleh Pendapatan Melebihi USD1 Juta Dengan Menjadi Penggodam Perisian Komputer
- Berjuta Pengguna Windows 10 Terdedah Kepada Risiko Penggodaman
- Pelanggan Netflix Beriklan Tidak Boleh Akses Kandungan Di 10 Peranti Ini
- Penggodam Boleh Eksploitasi Pepijat Dalam Sistem Tanpa Kunci Kereta Honda
- Siri One Piece Netflix Pecah Rekod, Atasi 'Wednesday' Dan 'Stranger Things'
- Buang Segera 3 'Extension' Chrome Popular ni, Diguna Untuk Penggodaman Dan Curi Data
- Penggodam Russia Didapati Sedang Aktif Menyerang Sistem Linux
- Seorang Penggodam Mendakwa Dia Boleh Mematikan Enjin Kenderaan Moden Dengan Menceroboh Aplikasi GPS
- Malaysia Ditangga Ke-13 Dari 70 Negara Yang Miliki Kandungan Netflix Terbanyak
- Penggodam Menyerang Sistem Teknologi Maklumat Pengeluar Jam Swatch