Penggodam Mengancam Akan Menggodam Sejuta Peranti Apple

Nampaknya Apple bukan sahaja ada Wikileaks untuk menunjukkan kelemahan sistem mereka, ada satu lagi permasalahan yang mereka perlu hadapi. Satu kumpulan yang menggelarkan mereka Turkish Crime Family mendakwa mereka boleh log masuk lebih dari 627 alamat iCloud.com, Me.com dan Mac.com

Mereka juga mengancam untuk membersihkan data dari jutaan akaun Apple jika syarikat itu tidak membayar wang tebusan berjumlah $150,000. Mengikut laporan dari Motherboard, mereka mendakwa mempunyai gambar 'screenshots' yang diambil dari akaun yang sudah digodam dan dihantar ke pasukan sekuriti Apple. Penggodam juga telah memuat naik satu video yang membuktikan mereka boleh log masuk kedalam akaun Apple.

Walaubagaimanapun, pasukan sekuriti Apple dilihat tidak menunjukkan minat untuk membayar duit tebusan itu. Dalam satu e-mel perbualan antara dua pihak tersebut, satu ahli pasukan sekuriti menulis, "Kami meminta anda untuk menurunkan kembali video yang dimuat naik itu di saluran Youtube kerana tidak perlu mencari perhatian, kedua kami ingin memberitahu anda yang kami tidak akan memberi ganjaran kepada penjenayah siber yang melanggar undang-undang."

Masih tidak jelas apa yang akan terjadi selepas ini samada Apple mampu untuk menyelesaikan permasalahan ini atau mungkin penggodam itu hanya ingin cuba menipu. Kita hanya boleh tunggu dan lihat dan mungkin pada masa yang sama, mungkin idea yang baik untuk mengemaskini semua maklumat log masuk anda.

Sumber