Penggodam Mencuri Maklumat Rahsia Mengenai Pesawat Pejuang Dari Kontraktor Pertahanan Australia

Satu firma kejuruteraan aeroangkasa yang mendapat kontrak dari kerajaan Australia telah digodam pada tahun 2016 dengan jumlah maklumat sulit diambil agak besar.

Fail berkenaan butiran projek F-35 Joint Strike Fighter, Kapal Pengangkut C-130, Kapal Terbang Peronda Maritim P-8 Poseidon, bom pintar JDAM dan beberapa kapal laut Australia dipercayai dicuri.

Jumlah data sebesar 30GB diambil dari pelayan syarikat itu terletak di bawah Peraturan Trafik Antarabangsa Dalam Senjata (ITAR), satu pertubuhan US untuk mengawal dan menyelia teknologi ketenteraan dan pertahanan US yang dijual di seluruh dunia.

Peristiwa tersebut menaikkan isu keselamatan mengenai perdangangan teknologi ketenteraan yang boleh digunakan pihak tertentu untuk kepentingan mereka. Menurut pakar keselamatan dan penasihat keselamatan global Digital Guardian, Thomas Fischer mengingatkan semua pihak tentang pentingnya mengemaskini patch walau sekecil mana organisasi tersebut.

Sumber