Penggodam Gagal Menggodam iPhone 11 Tapi Berjaya Menggodam Pelayar Chrome, Edge Dan Safari

Para penggodam "white hat" berkumpul dalam satu pertandingan di China.


Beberapa hari lalu telah berlangsungnya pertandingan menggodam peranti dan perisian yang berlangsung di China.

2019 Tianfu Cup International Cyber Security Contest and Tianfu International Cyber Security Summit Forum itu dianjurkan dengan kerjasama pelbagai pihak termasuklah Baidu, Tencent dan Alibaba.

Pertandingan itu menawarkan wang ganjaran keseluruhan berjumlah USD1 juta kepada para peserta yang menyertai pertandingan itu.

Sepanjang pertandingan itu berlangsung, beberapa perisian utama telah berjaya digodam termasuklah pelayar Chrome, Safari dan Edge.

Malah perisian Microsoft Office 365 juga berjaya digodam dalam pertandingan itu.

https://twitter.com/TianfuCup/status/1195640358111076352?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed&ref_url=https%3A%2F%2Fcdn.embedly.com%2Fwidgets%2Fmedia.html%3Ftype%3Dtext%252Fhtml%26key%3D3ce26dc7e3454db5820ba084d28b4935%26schema%3Dtwitter%26url%3Dhttps%253A%2F%2Ftwitter.com%2Ftianfucup%2Fstatus%2F1195640358111076352%26image%3Dhttps%253A%2F%2Fi.embed.ly%2F1%2Fimage%253Furl%253Dhttps%25253A%25252F%25252Fpbs.twimg.com%25252Fmedia%25252FEJfEjyhVUAAnZ-C.jpg%25253Alarge%2526key%253D3ce26dc7e3454db5820ba084d28b4935

Pada hari kedua pula, VMWare turut berjaya digodam dan masa yang diambil hanya dalam tempoh 24 saat sahaja.

https://twitter.com/TianfuCup/status/1195910677241532416

Walaubagaimanapun, percubaan penggodam bagi menggodam peranti iPhone dan Windows Server menemui kegagalan.

https://twitter.com/TianfuCup/status/1195996098684342272

Penamat kepada pertandingan itu, penggodam Pwn2Own dan Vulcan 360 adalah pemenang utama dengan berjaya membawa pulang wang ganjaran terbanyak iaitu USD382,000.

Ganjaran keseluruhan yang berjaya dibawa pulang oleh semua peserta adalah USD545,000 sahaja, gagal mencapai sasaran ganjaran USD1 juta yang ditawarkan.

Sumber: Forbes dan ZDNet

Berkaitan