Penggodam Eksploitasi Kelemahan Ciri Keselamatan Pelayar Firefox

Kemaskini segera pelayar Firefox kepada versi terbaru.


Jika anda adalah salah seorang pengguna aplikasi pelayar Firefox yang masih menggunakan versi terdahulu, anda dinasihatkan supaya segera mengemaskini pelayar tersebut kepada versi terbaru.

Ini kerana pembangun aplikasi tersebut, Mozilla telah memaklumkan bahawa terdapat kecacacatan kritikal terhadap ciri keselamatan pada Firefox versi sebelum ini.

Isu tersebut telah ditemui oleh pihak penyelidik keselamatan Google dan pihak keselamatan matawang kripto yang mel;aporkan pada Mozilla tentang kerentanan ini.

Mozilla menjelaskan, berlaku kerentanan yang boleh menyebabkan manipulasi terhadap pengkodan JavaScript di dalam Firefox. Mereka menyedari bahawa berlakunya isu eksploitasi oleh penggodam akibat kerentanan tersebut.

Jika amaran dari Mozilla itu belum cukup menarik perhatian anda, Agensi Keselamatan Siber Dan Keselamatan Infrastruktur dari Jabatan Keselamatan Dalam Negeri A.S turut melaporkan masalah kerentanan yang dihadapi oleh Firefox di dalam laman rasmi mereka.

Oleh itu kepada para pengguna Firefox, anda disyorkan supaya segera mengemaskini pelayar tersebut kepada versi terkini iaitu Firefox v67.0.3 bagi mengelakkan anda menjadi mangsa penggodam.