Itulah yang berlaku apabila sekumpulan penggodam telah berjaya memperolehi data dan maklumat peribadi berkaitan ribuan penguatkuasa serta ejen kerajaan Amerika Syarikat, baru-baru ini.
Mereka kemudiannya mendedahkannya dengan menempatkan fail-fail yang mengandungi maklumat ini di laman sesawang mereka sendir untuk dimuat-turun oleh orang lain.
Menurut laporan TechCrunch, salah seorang daripada penggodam terlibat telah berhubung dengan mereka.
Penggodam berkenaan mendakwa mereka telah menceroboh masuk tiga laman sesawang yang berkaitan dengan FBI National Academy Association untuk mendapatkan maklumat yang diperolehi.
Antara maklumat yang didedahkan oleh mereka ialah nama, alamat e-mel, nombor telefon serta alamat surat menyurat mangsa.
Malah, mereka turut memperakui bahawa pendedahan maklumat ini boleh mengancam nyawa pegawai yang terlibat.
Katanya lagi, mereka melakukannya hanya untuk mendapatkan "pengalaman dan duit". Beliau turut mendakwa pasukannya memiliki lebih daripada 1 juta data melibatkan pegawai dan penjawat awam dan agensi kerajaan bersedia untuk diproses sebelum dijual.
Walaubagaimanapun, pihak TechCrunch gagal mendapatkan maklumbalas daripada FBI berkenaan perkara ini setakat ini.
Sumber: TechCrunch
Berkaitan
- Lenovo Pertontonkan Komputer Riba Dengan Skrin Boleh Lipat
- Cara Bermain Permainan Android pada Windows
- CES 2017: Project Valerie - Razer Hadir Dengan Komputer Riba Skrin Berkembar Tiga
- Vainglory Kini Tersedia Bagi Windows & Mac, Menyokong Fungsi "Cross-Play"
- 15 Penggodam Ditahan Dan Didenda Sehingga $ 5.1 Juta Kerana PUBG
- Pengguna Windows 10 Kini Dapat Menyambung Tugas Di Peranti Lain Dengan Mudah
- Skandal Privasi Data Facebook : Mark Zuckerberg Hadiri Perbicaraan Senat
- Firefox Focus, Aplikasi Pencarian Privasi Bersama AdBlocker
- Penggodam Kini Boleh Mengakses Telefon Anda Melalui Muzik
- Komputer Riba Dengan Dua Skrin