Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengganti Nokia 9 Pureview Terpaksa Dilewatkan Kerana HMD Mahu Guna Cip Snapdragon 865 Terkini

Pengganti Nokia 9 Pureview Terpaksa Dilewatkan Kerana HMD Mahu Guna Cip Snapdragon 865 Terkini

Diterbitkan Januari 5, 2020 ยท Dikemas kini Januari 5, 2020 oleh Meor Hasyim

Semasa Nokia 9 Pureview diumumkan pada awal tahun 2019, peranti ini mengundang sedikit kontroversi. Ini adalah kerana peranti ini menggunakan cip Snapdragon 845 yang merupakan cip tahun 2018.

Perkara ini seakan memberi kesan kepada peranti tersebut kerana gambar yang diambil mengambil masa yang agak lama untuk diproses. Semestinya perkara ini dapat dielakkan jika Nokia 9 menggunakan cip yang lebih berkuasa iaitu Snapdragon 855 ketika itu.

Jadi, untuk penjaya model tersebut, ia diberi nama Nokia 9.2. Namun untuk kali ini pengeluar mereka, HMD Global dilaporkan tidak mahu mengulangi kesilapan sama. Sebelum ini terdapat laporan bahawa pengganti Nokia 9 akan menggunakan Snapdragon 855.

Namun, disebabkan tarikh pelancaran yang dilewatkan (dikatakan suku kedua tahun ini) penggunaan cip Snapdragon 855 tersebut sudah dikira agak berumur. Jadi, melihat kepada situasi yang hampir sama dengan Nokia 9, Nokia 9.2 dikatakan akan dilewatkan juga kerana HMD mahu gunakan cip Snapdragon 865 yang lebih terkini.

We will also note that the successor continues the concept of the Nokia 9 PureView.

— Nokia anew (@nokia_anew) January 4, 2020

Menariknya, mengikut sumber, Nokia 9.2 ini akan meneruskan konsep Nokia 9 Pureview asal, iaitu menangkap gambar menggunakan 5 lensa sekaligus. Jika benar, saya sendiri tidak sabar melihat apakah penyelesaian dan teknologi terbaharu yang akan digunakan nanti.

Nampak bernas juga idea HMD. Tidak mengapa jika lambat umum, yang penting cip Snapdragon yang digunakan adalah terkini setaraf dengan peranti pesaing.

Sumber: Nokia anew

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY