Pengerusi Samsung, Lee Kun-hee Meninggal Dunia Pada Usia 78 Tahun


Pengerusi Samsung Electronics, Lee Kun-hee dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 78 tahun.



Samsung telah mengesahkan perkara ini melalui satu kenyataan, namun tidak mendedahkan punca kematian. Menurut Samsung,

"It is with great sadness that we announce the passing of Kun-Hee Lee, Chairman of Samsung Electronics. Chairman Lee passed away on October 25 with his family, including Vice Chairman Jay Y. Lee, by his side.

Dilahirkan pada 1942, Lee telah mengetuai Samsung Group sejak 1987, mewarisi ayahnya yang merupakan pengasas Samsung, Lee Byung-chul.

Beliau telah menjalani pembedahan selepas mengalami serangan jantung pada Mei 2014 dan telah menerima rawatan susulan sejak itu.

Sumber: The Korea Herald