Pengerusi Eksekutif Samsung Didapati Bersalah Melanggar Undang-Undang Pekerjaan

Dia telah dijatuhkan hukuman penjara selama 18 bulan.


Pengerusi lembaga pengarah Samsung Electronics telah dijatuhkan hukuman penjara selama 18 bulan apabila didapati bersalah kerana mensabotaj aktiviti kesatuan sekerja.

Lee Sang-hoon serta 25 lagi eksekutif Samsung dituduh melakukan kesalahan itu oleh Mahkamah Daerah Seoul di mana 7 daripadanya termasuk Lee telah dijatuhkan hukuman penjara.

Manakala selebihnya masih menunggu hukuman. Hukuman ini merupakan yang pertama kali dihadapi oleh Pengerusi lembaga pengarah Samsung Elektronik  dalam tempoh 50 tahun ini.

Berikutan kesalahan melanggar undang-undang pekerjaan itu, pihak Samsung Electronics dan Samsung C&T telah mengeluarkan kenyataan permohonan maaf terbuka di mana mereka berjanji ia tidak akan berlaku lagi.

"We humbly accept that how the company perceived labor unions didn't meet citizen's eye-level and society's expectations. We will establish a forward-looking and healthy labor union culture that is based on the spirit of respect for our employees." Samsung.

Lee Sang-hoon merupakan seorang tokoh yang amat dihormati di dalam Samsung dan pernah memegang jawatan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Samsung Electronics sebelum ini.

Malah dia juga didakwa amat rapat dengan JY Lee (Lee Jae-yong), Timbalan Pengerusi Samsung Electronics yang sedang berdepan pertuduhan jenayah rasuah.

Sumber: ZDNet

Berkaitan