Pengendali Laman Sesawang Korea Membayar Wang Ugutan Sebanyak RM 3.7 Juta

Syarikat pengendali laman sesawang Nayana telah bersetuju membayar wang ugutan sebanyak RM 1.7 Juta dalam bentuk bitcoin selepas serangan ransomware.

Nayana telah diserang pada 10 Jun dan telah memberitahu pihak berkuasa Korea Selatan mengenai perkara ini.

Firma keselamatan, Trend Micro berkata penyerang menggunakan ransomware Erebus menyebabkan ribuan laman sesawang hilang semasa serangan.

Mengikut Korean Internet and Security Agency (KISA), sebanyak 3,400 halaman rumah yang dikendalikan oleh Nayana telah terjejas.

Penyerang meletakkan kata laluan ke atas data asal dan juga data sokongan menyukarkan Nayana untuk mendapatkan data-data itu kembali.

Pada asalnya penyerang meminta tebusan sebanyak 826.2 bitcoin dan kemudian mengurangkannya kepada 550 bitcoin.

Nayana selepas itu berkata 90 peratus server mereka akan kembali beroperasi pada akhir bulan ini.

Sumber