Pengeluaran Telefon Pintar Huawei Dijangka Terus Menjunam Untuk Tahun 2021

Untuk kebanyakan kita, sudah tentu kita semua mengharapkan tahun 2021 yang memberikan sinar harapan baharu. Namun malangnya untuk Huawei, tahun 2021 dijangka akan memberikan kesan yang lebih teruk lagi kepada mereka.

Menurut analisis pasaran dari TrendForce, Huawei dikatakan hanya mampu menjual sebanyak 45 juta unit telefon berbanding 170 juta pada tahun lepas. Perkongsian pasaran untuk 5G juga bakal jatuh dari 30% ke 8% untuk 2021.

Bukan sekatan perdagangan dari Amerika Syarikat sahaja yang turut memberikan kesan kepada Huawei. Keluarnya HONOR dari Huawei juga turut sama menyumbang kepada faktor kemerosotan syarikat ini.

Walaupun masih awal lagi untuk membuat jangkaan, jika terdapat masa hadapan yang cerah untuk Huawei pun sukar untuk kita harapkan.

Sumber: TrendForce