Pengeluaran Samsung Galaxy Note 7 Dihentikan





Samsung telah menghentikan pengeluaran Galaxy Note 7 selepas terjadinya beberapa insiden letupan. Walaupun pihak Samsung sendiri berusaha untuk menggantikan peranti flagship mereka, namun masih terdapat lagi masalah bateri panas dan kebakaran di sekitar US.



Berita ini datang daripada agensi berita di Korea, Yonhap. Dilaporkan Galaxy Note 7 diberhentikan pembuatannya adalah kerana faktor keselamatan. Terdapat 5 peranti dari Ssmsung itu terbakar di US minggu ini. Pihak Samsung dikhabarkan akan mengumumkan berita ini secara rasmi di dalam masa terdekat ini.



Kesian Samsung.