Pengeluaran PS3 Di Jepun Bakal Dihentikan Tidak Lama Lagi

Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Eccehh.

Itulah yang bakal terjadi kepada konsol popular, PS3. Setelah hampir 10 tahun sejak kali pertama ia mula dipasarkan, PS3 dikhabarkan bakal dihentikan penghasilannya di Jepun.

Walaupun edisi terbaru ,PS4, telah dihasilkan, PS3 masih mendapat tempat dihati peminat lebih-lebih lagi di Jepun.

Terbaru, satu pengumuman berkenaan penghentian pengeluaran model ini bagi negara Jepun telah dibuat syarikat pengeluar,Sony.

Masih belum jelas bagi pasaran global yang lain, tetapi beberapa pemerhati menjangkakan langkah sama akan diambil oleh syarikat itu bagi pasaran luar Jepun.

Dengan kehadirdan PS4 dan PS4 Pro, pastinya Sony mahu lebih memberi tumpuan terhadap konsol edisi terbaru itu.

Sumber: Hachima KikouSony