https://twitter.com/iAppleTimes/status/1296321262201929728
Berdasarkan sumber @iAppleTimes di Twitter, Apple dijangka akan menghentikan pengeluaran iPhone XR selepas pelancaran iPhone 12. Selain itu, pengeluaran iPhone 11 Pro dan Pro Max juga tidak akan diteruskan. Sementara, iPhone 11 mungkin akan mengalami penurunan harga.
Jika benar, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana pada tahun lalu Apple turut mengambil keputusan yang sama dengan menghentikan pengeluaran iPhone XS dan iPhone XS Max setelah iPhone 11 dilancarkan.
Terdahulu, Apple dilaporkan akan menggunakan rekaan bateri dan juga litar baharu yang lebih kecil, ringkas serta kurang berlapis bagi mengurangkan harga siri iPhone 12.
Sumber: GizmoChina
Berkaitan
- Xiaomi Perlihatkan Skor GeekBench Mi 11 Dengan Snapdragon 888 - Mengatasi Cip Kirin 9000 Dan Snapdragon 865
- Mi 11 Lite Rasmi Di Malaysia, Ditawarkan Pada Harga RM1,199
- GoPro Hero 11 Dan Mini Dilancarkan, Harga Bermula RM1,979
- Apple Dilapor Akan Hadkan Kelajuan Kabel USB-C Yang Tidak Diperakui MFi
- Pengguna iOS Kini Boleh Cuba Demo Galaxy Z Fold5 Dengan Dua iPhone
- Ura-Ura: Ini Mungkin Senarai iPhone Yang Menyokong iOS 18
- Xiaomi Mi 11 Akan Diperkenal Dengan Cip Snapdragon 875
- Apple Pay Kini Boleh Diguna Di Malaysia, Tapi Belum Semua Bank Yang Sokong
- Apple "Vision Pro" Mungkin Perlu Dijenama Semula Untuk Pasaran China
- Rasa Tak Selesa, Pengguna Mahu Pulangkan Semula Apple Vision Pro