Pengeluaran Essential Phone Dihentikan, Syarikat Tumpu Untuk Peranti Yang Seterusnya

Setahun sudah usia Essential Phone dipasaran dimana pelancarannya dibuat sekitar Mei tahun lalu.

Dilanda dengan isu seperti kelewatan penghantaran kepada pembeli, pemotongan harga jualan serta pengurangan tenaga kerja, Essential Phone telah dikhabarkan akan dihentikan pengeluarannya.

Menurut kenyataan jurucakap Essential yang dipetik dari GSMArena, stok Essential Phone di essential.com telah habis dan tidak akan ditambah lagi. Namun begitu, aksesori masih lagi dijual dan berjanji untuk menyediakan kemaskini perisian serta sokongan kepada pengguna sedia ada.

Turut menambah, Essential yang diasaskan oleh Andy Rubin akan mengeluarkan peranti mudah alih baru tetapi tidak menyatakannya secara terperinci.

Mungkinkah Essential Phone 2 akan hadir dipasaran atau tidak, sama-sama kita nantikan perkembangan lain.

Sumber: GSMArena