Teknologi Ultra Wideband
Untuk pengenalan, teknologi Ultra Wideband ini disertakan bersama cip U1 dalam peranti iPhone 11, iPhone 11 Pro, dan Pro Max. Dengan ini, ia membolehkan komunikasi antara peranti dengan cip U1 untuk mengesan lokasi dengan lebih tepat.
Jarak antara dua peranti Ultra Wideband boleh dianggar lebih tepat dari Wi-Fi dan Bluetooth kerana ia menghantar gelombang radio dan mengira masa di antaranya. Fungsi ini digunakan ketika proses pemindahan data melalui AirDrop boleh dilakukan dengan pantas dengan cara menghalanya kepada peranti dengan cip U1 lain.
Walau bagaimanapun, fungsi ini tidak terhad kepada AirDrop sahaja. Mengikut Apple, mereka akan menambah lagi fungsi-fungsi menarik berasaskan teknologi Ultra Wideband pada masa akan datang. Jadi, adalah masuk akal jika pengeluar Android turut meniru untuk gunakan teknologi sama untuk meningkatkan tahap penggunaan peranti mereka.
Pengeluar Android bakal guna teknologi Ultra Wideband
Menurut analisis dari Barclays, peranti Android akan dimuatkan dengan semua-dalam-satu cip Ultra Wideband, NFC, dan Secure Element. Cip ini sebelum ini telah pun diperkenalkan oleh NXP Semiconductor tahun lepas.
Buat masa ini masih belum jelas pengeluar mana yang pertama akan gunakan cip ini. Namun, Samsung ada terlibat untuk membangunkan cip ini dengan NXP.
Menurut NXP, teknologi Ultra Wideband akan memberikan beberapa fungsi yang baru dan menarik untuk peranti pintar. Antaranya adalah seperti boleh menyahkunci pintu kereta jika peranti dalam lingkungan dekat. Antara fungsi lain yang dinyatakan adalah lampu, pembesar audio dan peranti berhubung lain boleh mengikuti pengguna dari bilik ke bilik dengan teknologi ini.
Secara peribadinya, saya tidak kisah dengan peniruan teknologi yang digunakan dalam peranti pintar. Apa yang penting adalah bagaimana pengeluar cuba untuk memanfaatkan teknologi ini dengan fungsi yang menarik dan bukannya gimik semata-mata.
Sumber: Macrumors
Berkaitan
- (Ura-Ura) Apple Car Mungkin Akan Dilancarkan September 2021, Kini Uji Prototaip Kereta Di Jalan Raya
- Cip Kirin 9000 Lebih Berkuasa Dari Snapdragon 865+, Hadir Dengan Pemprosesan Grafik Sehingga 24 Teras
- ZTE Memperkenalkan Blade 20 Pro 5G Dijana Snapdragon 765G Dan Bateri 4,000mAh
- Android 11 Beta Yang Sepatutnya Diumumkan Minggu Ini Telah Ditunda Tarikhnya
- ASUS ZenBook 13/14 Dengan Cip Intel Gen-11 Kini Di Malaysia Bermula RM3,999
- vivo V20 dan V20 Pro Dilancarkan - Hadir Dengan Snapdragon 765G, Kamera Utama 64MP Dan Swafoto 44MP
- Xiaomi Akan Perkenalkan Produk Ekosistem Baharu Pada 15 Julai - Antaranya Mi Band 5 Dan Skuter Elektrik
- 5 Sebab Kenapa Apple Selalu Lambat Perkenalkan Ciri-Ciri Menarik Yang Android Sudah Ada
- Harga Samsung Galaxy S22 Ultra Mungkin Mencapai Sehingga RM6399 Di Malaysia - Guna Cip Snapdragon 8 Gen 1
- Sokongan Aplikasi Android Dalam Windows 10 Akan Dijayakan Oleh Project Latte Microsoft