Pengecasan Tanpa Wayar Mungkin Menjadi Kenyataan Selepas Ini

Pengecasan tanpa wayar pada ketika ini bukanlah apa yang selalu kita bayangkan. Sebelum ini kita dikenalkan dengan pengecasan Qi yang memerlukan peranti berada di atas tempat pengecasan.

Ia bukanlah boleh dikategorikan sebagai pengecasan tanpa wayar sepenuhnya kerana peranti tidak bebas bergerak malah kadang-kala menyusahkan pengguna yang mahu menggunakannya sambil ia mengecas.

Satu peranti pengecasan tanpa wayar telah diluluskan oleh Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC) dan dikdakwa boleh mengecas pada jarak 1 meter.



Produk yang dipanggil WattUp dari Energous boleh mengecas beberapa peranti dalam satu masa dan akan berhenti apabila bateri sudah dicaj sepenuhnya. Penerima WattUp juga bersaiz kecil dan boleh diletakkan berdekatan dengan peranti lain termasuk peranti kalis air.

https://youtu.be/6INH8o6GLec

Energous akan mempamerkan pengecasan WattUp di CES pada 9 Januari tahun hadapan di Las Vegas. Tiada harga rasmi yang diumumkan lagi setakat ini dan kita tidak pasti adakah peranti ini senang didapati di pasaran Malaysia.

Sumber

 

Berkaitan