Pengecasan Pantas iPhone Tidak Akan Dijual Secara Berasingan Tahun Ini

Pengecasan pantas menjadi satu kekurangan yang terdapat pada peranti iPhone. Pengguna iPhone terpaksa menggunakan alat pengecas MacBook bagi menikmati fungsi itu. Maka ia akan menjadi satu masalah kepada pengguna iPhone yang tidak memiliki MacBook.

Berita mengenai alat pengecasan pantas baru yang telah kami laporkan sebelum ini memberi sedikit kelegaan kepada pengguna iPhone. Bagaimanapun, ia tidak seindah yang dijangka kerana menurut laporan terkini, alat pengecasan itu tidak akan dijual secara berasingan.



Ini bermakna, satu-satunya cara bagi memiliki alat berkenaan ialah dengan membeli peranti iPhone yang akan dilancarkan pada tahun ini. Alat pengecasan ini dikatakan mampu mengecas pada 18W (9v/2A).

Walaubagaimanapun, sekiranya anda tidak mahu mendapatkan iPhone keluaran terbaru itu nanti, anda cuma perlu menunggu lebih lama untuk mendapatkan alat pengecasan pantas ini. Ia kerana Apple Insider melaporkan bahawa alat tersebut akan mula dijual secara berasingan bermula tahun hadapan.

Sumber