Pengecas Tanpa Wayar AirPower Akan Mula Ditawarkan Bulan Depan

Unit pengecas tanpa wayar AirPower dari Apple dilapor akan mula dipasarkan pada bulan Mac ini.

Pad pengecas berbentuk bujur pertama kali diperlihatkan sewaktu pelancaran iPhone X tahun lalu, berupaya mengecas tiga peranti sekaligus.



Antara peranti yang mempunyai ciri pengecasan tanpa wayar adalah iPhone X, 8, 8 Plus, dan Apple Watch.

Harga jualan belum diumumkan lagi tetapi khabar angin tahun lalu meramalkan ia dipasarkan pada harga $199 (~RM779.78).



Sumber: Daily Mail