Pengasas Instagram Dilapor Letak Jawatan, Bakal Tinggalkan Facebook

Selepas pengasas platform permesejan segera WhatsApp meninggalkan Facebook pada awal tahun lalu, kini pengasas bersama Instagram, Kevin Systrom dan Mike Krieger pula dilaporkan akan melakukan tindakan yang sama.

Kevin Systrom & Mike Krieger (Kredit : NY Times)


Kevin dan Mike telah membangunkan Instagram pada tahun 2010 sebelum menjualnya kepada Facebook dengan harga $ 1 billion dua tahun kemudian. Instagram sejak itu telah menjadi platform perkongsian foto terkemuka di seluruh dunia.

Instagram hari ini mempunyai lebih daripada 800 juta pengguna di peringkat global hanya dalam masa 8 tahun sejak kewujudannya. Perletakkan jawatan dua orang penting dalam syarikat ini juga bakal memberi tamparan buat Facebook yang sering terpalit dengan kontroversi tahun ini.

 

Sumber