Pengasas Bersama WhatsApp Meminta Orang Ramai Memadam Facebook Mereka

Facebook kini dilanda kontroversi mengenai kebocoran maklumat pengguna mereka yang digunakan oleh organisasi Cambridge Analytica untuk membantu ahli politik seluruh dunia memenangi kempen pilihanraya mereka.

Salah seorang pengasas WhatsApp yang kini dimiliki oleh Facebook, Brian Acton telah meminta netizen supaya memadam akaun Facebook mereka bagi menunjukkan bantahan kepada platform sosial media tersebut. Acton telah meninggalkan Facebook tahun lepasĀ  telah memulakan kempennya di twitter dengan #deletefacebook.

https://twitter.com/brianacton/status/976231995846963201

Dalam masa yang sama, saham Facebook telah jatuh sebanyak 9% dalam masa beberapa hari selepas skandal Cambridge Analytica mereka diketahui umum.

Brian Acton tidak keseorangan kerana bekas eksekutif lain seperti Chamath Palihapitiya pernah mengkritik gergasi media sosial itu kerana menyebabkan keretakan di dalam masyarakat.

Facebook melengkapkan pemilikan WhatsApp pada tahun 2014 dengan nilai RM 86 bilion.