Pengasas Bersama, Carl Pei Dilapor Telah Meninggalkan OnePlus

Umum mengetahui, Carl Pei adalah pengasas bersama OnePlus dengan CEO Pete Lau sejak Disember 2013. Kini, laporan menyatakan beliau telah meninggalkan syarikat itu baru-baru ini.

Perkongsian di Reddit oleh JonSigur mendedahkan memo dalaman yang mendakwa ianya dari OnePlus.

Carl Pei OnePlus Nord Kapsyen: Reddit JonSigur


Pada memo tersebut, tiada nama Carl Pei yang disenaraikan. Ia turut menyatakan Emily Dai, yang sebelum ini adalah Head of India Region OnePlus, kini ditugaskan untuk mengetuai OnePlus Nord.

Sehingga artikel ini ditulis, bio pada laman Twitter Carl Pei masih menunjukkan beliau bersama OnePlus. Begitu juga pada profil LinkedIn yang menyenaraikannya sebagai pengasas bersama OnePlus.

Dalam pada itu, TechCrunch melaporkan Carl Pei meninggalkan OnePlus untuk memulakan "his own venture". Buat masa ini, OnePlus memilih untuk tidak memberikan sebarang komen berhubung perkara ini. Carl Pei juga masih tidak memberikan respon mengenainya.

Sumber: Android Central, Android Police