Pengasas Android Meletakkan Essential Untuk Jualan

Essential Products Inc., sebuah syarikat yang ditubuhkan oleh Andy Rubin kini dalam proses pertimbangan untuk menjual entiti tersebut. Rancangan syarikat tersebut untuk peranti selepas Essential Phone juga tidak akan diteruskan.

Essential Products Inc telah melantik Credit Suisse Group AG bagi mendapatkan nasihat untuk menjual syarikat tersebut. Setahun yang lepas, syarikat tersebut bernilai hampir RM 4 bilion mengikut nilaian Equidate.

Mereka terkenal dengan penghasilan telefon pintar pertama yang menggunakan takuk di dalam skrin paparan namun jualan peranti tersebut tidak mendapat sambutan setelah dilanda pelbagai masalah.



Selepas pembatalan projek telefon pintar kedua daripada mereka, Essential Phone Inc kini menumpukan perhatian mereka kepada penghasilan produk-produk pintar rumah yang akan dilancarkan mulai tahun hadapan.

Setakat ini, peranti Essential terjual sekurang-kurangnya 150,000 unit. Jualan tersebut dibantu dengan pengurangan harga asal dari RM 2, 782 ke RM 2000. Mereka juga telah kehilangan beberapa pekerja berprofil tinggi bermula dengan Brian Wallace, naib presiden pemasaran dan juga Joe Tate, ketua kejuruteraan perkakasan.

Sumber