Seteru bersetuju dengan ciri keselamatan terbaru yang diperkenalkan Apple.
Dalam pembentangan Apple di WWDC 2019, mereka telah pun perlihatkan salah satu ciri terbaru yang dapat meningkatkan keselamatan pengguna apabila mereka log masuk ke dalam sesebuah akaun internet yang dimiliki dan juga aplikasi.
Ciri yang panggil sebagai 'Sign In with Apple' merupakan penyelesaian dari Apple yang tidak lagi memerlukan penggunanya memasukkan maklumat atau mencipta kata laluan yang baru.
Apa yang anda perlukan lakukan sebaliknya hanyalah dengan sentuh pada butang Sign In with Apple atau menggunakan ciri imbasan wajah (Face ID) ataupun mengimbas cap jari (Touch ID) sahaja.
Ciri terbaru ini telah mendapat perhatian daripada Pengarah Pengurusan Produk Google, Mark Risher yang memuji ciri itu dalam temu bual beliau bersama The Verge,
"I honestly do think this technology will be better for the internet and will make people much, much safer. Even if they’re clicking our competitors button when they’re logging into sites, that’s still way better than typing in a bespoke username and password, or more commonly, a recycled username and password."
Selain memegang jawatan sebagai Pengarah Pengurusan Produk Google, Mark Risher juga terlibat dalam pembangunan ciri log masuk ke akaun Google (single sign-on - SSO).
Beliau berpendapat, adalah penting bagi mereka sebagai pembangun teknologi kini mengambil langkah dengan mengurangkan penggunaan kara laluan yang mudah diteka penggodam.
Sign In with Apple akan boleh digunakan pada semua peranti Apple, laman sesawang, aplikasi, komputer Windows serta peranti Android. Apple menyatakan ciri terbaru ini lebih mementingkan privasi pengguna di mana Apple tidak akan menjejaki penggunanya.
Untuk menggunakan ciri Sign In with Apple, anda haruslah memiliki akaun Apple dan turut mengaktifkan langkah pengesahan 2 faktor.
Sumber: The Verge
Berkaitan
- Apple Melancarkan iPad Terbaru Dengan Cip Apple 13 Bionic
- OnePlus Memfokuskan 22 Penambahbaikan Terhadap Kamera Dan Kualiti Rakaman Video
- Seorang Doktor Memfailkan Saman Terhadap Apple Kerana Pelanggaran Hak Paten Teknologi Dalam Apple Watch
- Satu Lagi Acara Teknologi Dibatalkan Berikutan Wabak Covid-19
- Hanya Vaksin Sinovac Tersedia, Ini Cara Tempah Janji Temu Dos Penggalak Vaksin COVID-19 Melalui MySejahtera
- Apple Mungkin Akan Perkenalkan Apple Pencil mini Untuk iPhone 11 Pro
- Pelanggan Netflix Beriklan Tidak Boleh Akses Kandungan Di 10 Peranti Ini
- Android 12 Terima Kemas Kini Baru Bagi Menampal Kecacatan Kritikal
- "Jangan Letak iPhone Di Bawah Bantal Ketika Dicas" - Apple
- 9 Servis Ini Dijangka Akan Ditawarkan Apabila Apple Store Malaysia Rasmi Dibuka