"Dapat Layanan Istimewa"- Penganjur dan Syed Saddiq Balas Dakwaan Orang Ramai

Satu kenyataan media telah dikeluarkan oleh pihak ESport Malaysia mengenai tuduhan daripada masyarakat yang mempersoalkan tentang kehadiran Syed Abdullah bin Syed Abdul Rahman, ke acara Grand Final sesi kelayakan e-Sports  sukan SEA peringkat kebangsaan pada 4 Mei lalu.

Isu ini terjadi apabila dikatakan abang kepada menteri berkenaan menghadiri majlis berkenaan dan mendapat layanan istimewa tanpa Syed Saddiq menyebabkan rakyat beranggapan abangnya telah menganti Syed Saddiq sebagai wakil bagi acara itu.



Pihak ESport Malaysia segera memberi kenyataan media dengan menjelaskan mereka tidak menjemput Syed Abdullah dalam acara yang berlangsung itu.

https://www.facebook.com/persatuansukanelektronikmalaysia/posts/2191979050878570?__xts__[0]=68.ARDH5i5WONmrtzHjXtu-7PKfuqjzjxiiDgFnbOkk8h3osCQ8MVMh-2LWE84yj34K8lg8YXMQOEwLPFI8Eo1oSIV-jflLOFak5DvKiQGQIpT0_8tjjgxo1hKiwdxJ2i1B2P5u7FK6t8sDOL9l5i4gSZWmIZ9Ln2sd4gYxPDjQkL6uX1K9A19HkDxhV2ob0f5BjWQFm78lsmfrQANMyHcPlrWQpLN6H8XGr0frGM2nE1_PYQLNYn81-90UGoFU_SOxasNMM6lOcjLjR1RtpmY1nU7ZRvArqzFn-9ul52SHu1RxGUeD_IVnJ2uKAcDyguRC0FAqcVo7gtXNfK18L-dTBw&__tn__=-R

"Setelah penelitian semula dibuat, beliau (Syed Abdullah) tidak dijemput dan kehadiran beliau pada program tersebut bukanlah mewakili YB Menteri ataupun Kementerian Belia dan Sukan. Namun kehadiran beliau adalah di atas kapasiti peribadi sebagai peminat dan penyokong kepada pembangunan industri sukan elektronik" jelas e-Sport Malaysia.

Selepas kenyataan media, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pula tampil memberikan penerangan dilaman sosial Twitter beliau yang menyatakan semua ini tidak betul dan beliau tidak akan membenarkan keluarga beliau mewakilinya menghadiri apa-apa majlis rasmi.

Sumber: Facebook ESport Malaysia  & My Malaysian Post