Penganalisis Menganggarkan Sebanyak 3 Juta Unit AirPods Terjual Hanya Dalam Masa Seminggu Ini

Bermula dari jualan Black Friday hingga Cyber Monday.


Apple dilaporkan akan berjaya menjual peranti fon telinga AirPods dan AirPods Pro sebanyak 3 juta unit ssempena jualan Black Friday yang sudah pun bermula dari 29 N0vember lalu serta sempena jualan Cyber Monday yang sedang bermula sepanjang minggu ini.

Data tersebut adalah bersandarkan kepada analisis dari Dan Ives penganalisis dari Wedbush.

Menurut beliau, firma mereka melihat terdapat permintaan tinggi mendadak terhadap peranti Apple itu menjelang hujung tahun ini.

Sebelum ini telah dilaporkan bahawa Apple meminta pengilang menggandakan pengeluaran unit AirPods dari 1 juta ke 2 juta unit sebulan.

Minggu lalu pada jualan Black Friday, stor eBay Australia memberitahu laman news.com.au , peranti AirPods yang dijual hanya pada harga USD99.00 telah habis dijual hanya dalam masa 36 saat sahaja.

At just $99, it’s no surprise Apple AirPods have been the most popular item so far, with the first drop of this in-demand product selling out in just 36 seconds,” Sophie Onikul dari eBay Australia.

Sumber: 9to5Mac