0

Apple sudah melancarkan tiga iPhone baru untuk 2018 pada pertengahan bulan lalu. Walaupunbegitu, tren minat pengguna terhadap model-model tersebut dilihat masih belum mampu menandingi keluaran terdahulu.

Penganalisis dari Citi Research telah menjalankan kajian berdasarkan sumber carian Google Search sebelum dan selepas acara perasmian iPhone terbaru oleh pengguna.

Menurut penganalisis, antara faktor penurunan adalah disebabkan inovasi yang perlahan dan juga iPhone yang semakin tepu dipasaran utama.

Ia berlainan dengan 4-5 tahun lalu, dimana ketika itu Apple dilihat membawakan beberapa perubahan seperti saiz skrin dan juga sistem kamera yang dipertingkatkan setiap tahun.

Cakap-cakap turut menyatakan, jenama itu akan mereka bentuk semula iPhone tahun hadapan dengan ciri seperti TrueDepth Camera didepan dan belakang. Melaluinya, Apple dapat memberikan lebih ciri AR pada peranti.

Sumber: Business Insider via Phone Arena

 

Comments

Leave a reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

More in Berita

You may also like