Pengalaman Menonton Wayang Pada Tahap Yang Berbeza

Pawagam di negara ini mempunyai antara sistem hiburan yang terbaik yang boleh dinikmati oleh penonton yang datang untuk menonton wayang. Salah satu penyedia perkhidmatan pawagam, Golden Screen Cinemas telah bekerjasama dengan Samsung Malaysia Electronics untuk menyediakan satu lagi pengalaman menonton wayang yang baru.

Golden Screen Cinemas kini mempunyai pawagam yang dilengkapi skrin paparan dari Samsung yang menggunakan teknologi LED. Berukuran 10.3 m, skrin terbaru ini mempunyai kecerahan lebih 10 kali ganda dari skrin paparan tradisional sebelum ini dan memberi lebih butiran kepada penonton yang melihatnya.

Dengan resolusi 4K (4, 096 x 2, 160 piksel), ia menyokong HDR ( high dynamic range) yang memberikan pengalam seolah-olah anda berada di dalam skrin itu sendiri.

Setakat ini cuma pawagan GSC di Mid Valley di Kuala Lumpur yang menawarkan skrin pawagam LED. Untuk sistem audio pula, pawagam berkenaan akan dipasang dengan pembesar suara dari JBL oleh Harman Professional Solutions bagi menenggelamkan penonton di dalam sistem bunyi yang asli.

Sumber