Pengagihan Dekoder TV Digital myFreeview di Sibu Ditangguhkan

Sepatutnya pengagihan akan dibuat pada 7 dan 8 Mac. 


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan bahawa aktiviti pengagihan dekoder TV Digital myFreeview di Sibu terpaksa ditangguhkan dulu buat masa ini tanpa dimaklumkan tarikh baru.

Penangguhan ini terpaksa dibuat kerana kebimbangan penularan Covid-19 di daerah tersebut.



Sebelum ini SKMM pada pertengahan bulan Februari lalu telah memaklumkan bahawa proses pengagihan dekoder percuma itu akan dijalankan pada 7 hingga 8 Mac 2020.

Dekoder percuma my Freeview itu pula hanya boleh dituntut oleh warga B40 dan golongan OKU yang layak dan berdaftar sahaja.

Jadi kepada warga Sibu yang sudah merancang untuk mengambil dekoder percuma itu pada tarikh tersebut, sila ambil maklum tentang pemberitahuan terbaru oleh SKMM ini.