Pengacara 'MythBusters', Grant Imahara Meninggal Dunia Pada Usia 49 Tahun

Berita sedih buat para peminat rancangan tv sains popular iaitu 'MythBusters' apabila salah seorang pengacaranya bernama Grant Imahara telah meninggal dunia hari ini.

Beliau meninggal pada usia 49 tahun.

Menurut laporan oleh The Hollywood Reporter, beliau mati akibat daripada Brain aneurysm iaitu pembengkakan yang berlaku pada dinding salur darah arteri yang menyalurkan darah ke otak.

Susulan kematian pengacara tersebut, wakil saluran Discovery mengucapkan ucapan takziah menerusi satu kenyataan media.

"We are heartbroken to hear this sad news about Grant. He was an important part of our Discovery family and a really wonderful man. Our thoughts and prayers go out to his family," Discovery.

Rakan-rakan lain yang pernah bekerja rapat dengan mendiang juga mengucapkan takziah dan meluahkan rasa sedih mereka di laman Twitter.

https://twitter.com/ToryBelleci/status/1282906367896907776

https://twitter.com/donttrythis/status/1282885559816347648

https://twitter.com/KariByron/status/1282820309783994369?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1282820309783994369%7Ctwgr%5E&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.cnet.com%2Fnews%2Fmythbusters-host-grant-imahara-has-died-aged-49%2F

Grant Imahara merupakan seorang jurutera elektrikal dan robotik yang dikenali menerusi rancangan MythBusters.

Dalam siri rancangan itu, beliau digandingkan bersama dengan 2 orang lagi pengacara iaitu Kari Byron dan Tory Belleci.

Selepas meninggalkan rancangan tersebut apda 2014, mereka bertiga digandingkan bersama sekali lagi menerusi rancangan White Rabbit Project untuk Netflix pada 2016.

Selain itu, beliau juga pernah bekerja dengan Lucasfilm THX dan Industrial Light and Magic (ILM).

Berkaitan