Penemuan 400 Kecacatan Cip Pemprosesan Snapdragon Menyebabkan Risiko Keselamatan Data Pengguna

Penyelidik keselamatan peranti pintar dari Check Point mendakwa, mereka menemui lebih daripada 400 kecacatan pengkodan ditemui dalam cip pemprosesan Snapdragon yang dibangunkan oleh Qualcomm.

Kecacatan tersebut sekaligus dibimbangi boleh menyebabkan berlakunya isu kecurian data pengguna.

Menurut Check Point, 400 kecacatan itu akan membolehkan penggodam menjadikan peranti pintar sebagai alat pengintipan yang cukup sempurna tanpa disedari dan interaksi pengguna, melancarkan serangan DOS (denial-of-service) dan memasang perisian hasad (malware) di dalam peranti.

Tambah Check Point lagi, isu ini melibatkan pengguna telefon pintar dari pelbagai jenama termasuklah Google, Samsung, LG, Xiaomi, OnePlus dan lain-lain.

Kecacatan yang ditemui itu dibuat menerusi penyelidikan keselamatan ekstensif yang dilakukan secara khusus ke atas cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon.

Sungguhpun begitu, Check Point menyatakan bahawa setakat ini, belum ada sebarang penemuan ke atas eksploitasi kecacatan tersebut.

Regarding the Qualcomm Compute DSP (Digital Signal Processor) vulnerability disclosed by Check Point, we worked diligently to validate the issue and make appropriate mitigations available to OEMs. We have no evidence it is currently being exploited. We encourage end users to update their devices as patches become available and to only install applications from trusted locations such as the Google Play Store.Check Point.

Qualcomm ketika ini merupakan antara pengeluar terbesar cip pemprosesan bagi telefon pintar di mana ia digunakan oleh lebih daripada 40% pasaran dunia telefon pintar.

Berkaitan