Penduduk Pulau Pinang Suka Bercuti Di Negeri Sendiri - Traveloka

Menurut data daripada Traveloka, penduduk Pulau Pinang sentiasa memilih negeri mereka sendiri untuk bercuti.

"Penduduk Pulau Pinang akan sentiasa mendahulukan Pulau Pinang apabila merancang percutian,"
kata Angelica Chan, Pengurus Negara, Traveloka Malaysia.

Antara kawasan yang menjadi tumpuan ialah Georgetown, Batu Feringgi dan Bayan Lepas.

Menariknya, pelanggan lebih cenderung memilih hotel, dua kali ganda berbanding rumah inap atau vila.

Bercakap tentang Pulau Pinang, perkara yang tidak dapat dielakkan ialah tentang makanan di sana. Di Traveloka sendiri, carian mengenai makanan melebihi 50%.

Justeru, Traveloka menawarkan diskaun sehingga 50% untuk hotel, penerbangan dan seumpamanya.

Gunakan kod kupon WAAIPENANG apabila membuat tempahan hotel dari 8 Ogos hingga 30 September 2022 untuk potongan RM50 tanpa transaksi minimum.

Sumber: Siaran Akhbar Traveloka