Perkhidmatan Dalam Talian Bantu Perniagaan Atasi Covid-19

Akibat wabak Covid-19, banyak perkhidmatan serta perniagaan terpaksa dihentikan buat sementara bagi memerangi wabak ini. Syarikat-syarikat besar serta kilang-kilang produk juga ditutup bagi melindungi kesihatan para pekerja.

Oleh sebab itu, sistem pendigitalan bagi perniagaan amat penting untuk melancarkan proses perniagaan yang tergendala. Sistem pendigitalan dapat mengurangkan cabaran dalam perdagangan restas sempadan ketika penularan wabak koronavirus.

video call

Para usahawan perlu meneroka peluang untuk berada dalam ekosistem tersebut selain beralih kepada sistem awan dengan bekerja secara jarak jauh, persidangan video, latihan dalam talian serta yang berkaitan.

Dengan cara ini, perniagaan dalam perdagangan, logistik dan rantaian bekalan dapat memberi maklum balas secara pantas serta mengurangkan halangan perdagangan rentas sempadan.

Penyelesaian digital termasuk platform e-dagang yang memanfaatkan teknologi data raya dan pengkomputeran awan akan membawakan sistem logistik pintar.

Sumber : Bernama

Berkaitan