Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pendekatan Perisian OxygenOS 11 Terbaharu Adalah Untuk Mudahkan Pengendalian Satu Tangan

Pendekatan Perisian OxygenOS 11 Terbaharu Adalah Untuk Mudahkan Pengendalian Satu Tangan

Diterbitkan September 1, 2020 oleh Meor Hasyim

OnePlus baru-baru ini telah memperkenalkan versi sistem perisian terbaharu mereka iaitu OxygenOS 11. Ia membawakan banyak penambahan baharu terutamanya dari segi antara muka yang sedikit beralih wajah dari menggunakan Android asli.

Dengan OxygenOS 11, OnePlus akan memberikan penekanan utama dari segi pengendalian dan penggunaan satu tangan.

Seperti yang diketahui, saiz telefon OnePlus bukannya kecil dan ramai juga pengguna yang sebelum ini mengkritik kelemahan sistem perisian yang tiada cara alternatif untuk menggunakannya secara sebelah tangan.

Golden Ratio_OOS11.png

Melalui OxygenOS 11, OnePlus telah merendahkan kawalan menu ke bawah skrin untuk memudahkan capaian jari. Aplikasi yang terlibat dengan perubahan terbaharu ini termasuklah Settings, Photos, dan juga Weather.

Namun begitu, sudah tentu ia menimbulkan kekecewaan untuk sesetengah pengguna lain disebabkan ia bukan lagi antara muka Android asli.

Rekaan antara muka yang ditawarkan pada OxygenOS 11 sebenarnya adalah sama sahaja seperti OneUI pada telefon Samsung.

Selain antara muka baharu, OxygenOS 11 juga membawakan tulisan OnePlus Sans baharu, mod gelap lebih optimasi dan juga pelbagai lagi ciri terbaharu lain.

Sumber: OnePlus

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY