Pendaftaran PUBG Mobile National Championship 2019 Bakal Diadakan 13 April Ini

Pertama kali diadakan pada Disember tahun lalu, kejohanan PUBG Mobile Kebangsaan (PMNC) mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan pemain tempatan.

Dibawakan oleh kerjasama antara Vivo Malaysia sebagai rakan rasmi telefon pintarĀ  bersama pembangun aplikasi permainan, Tencent, edisi kedua bagi tahun ini bakal dilangsungkan penghujung bulan ini.



Menurut Vivo Malaysia, pendaftaran bagi kejohanan ini akan dibuka pada 13 April 2019 dan pusingan kelayakan pertama bermula pada 27 April 2019 bertempat di Sunway Lagoon. Pasukan yang menjuarai PMNC bakal mengambil bahagian dalam kejohanan peringkat Asia Tenggara melibatkan negara-negara jiran yang lain.

Edisi pertama yang berakhir pada 27 Januari lalu telah memperlihatkan pasukan Gank.FTY merangkul gelaran juara dengan membawa pulang wang tunai RM20,000, diikuti di tempat kedua oleh AROV (RM15,000) dan Panda Crew Senior berada ditangga ketiga menerima RM5000.

Bersempena dengan kejohana ini, Vivo Malaysia turut mengumumkan kehadiran model Vivo V15 Pro versi RAM 8GB dan 128GB storan untuk pasaran dalam negara.



Untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran PMNC 2019, anda boleh nantikan pengumuman di Facebook Vivo Malaysia dan PUBG MY Official.