Bagaimana pula dengan servis lain?...
Jika sebelum ini pengguna boleh mendaftar bagi menggunakan aplikasi sembang sosial Messenger menerusi nombor telefon sahaja, tetapi kini Facebook telah mewajibkan pengguna yang ingin menggunakan Messenger mestilah mempunyai akaun Facebook.
Ia dinyatakan dalam laman Facebook Help Center. "You’ll need to create a Facebook account to use Messenger."
Pihak Facebook juga menjelaskan lebih lanjut tentang tindakan mereka ini kepada Venture Beat menerusi e-mel.
“If you’re new to Messenger, you’ll notice that you need a Facebook account to chat with friends and close connections. We found that the vast majority of people who use Messenger already log in through Facebook and we want to simplify the process. If you already use Messenger without a Facebook account, no need to do anything.” Facebook.
Walaubagaimanapun, pengguna mendakwa perubahan ini tidak lancar untuk mereka kerana mereka kerap kali berdepan dengan isu akaun telah disekat.
Buat masa ini, Facebook hanya menetapkan syarat wajib memiliki akaun Facebook hanya untuk Messenger sahaja.
Tetapi tidak diketahui pula adakah mereka akan turut menetapkan syarat sama kepada pengguna bagi menggunakan servis mereka yang lain seperti Instagram dan WhatsApp pada masa akan datang.
Berkaitan
- Jangan Terpedaya Dengan Akaun Facebook Palsu Ketua Setiausaha KKMM
- Facebook Ads Diboikot Syarikat-Syarikat Ternama
- Platfom Media Sosial Baru Ini Mahu Mencabar Facebook
- Rugi Lebih RM2.5 Juta, PDRM Dedah Cara Mudah Scammer Tipu Mangsa Di WhatsApp, Telegram Dan Facebook
- Antara Muka Laman Facebook Web Ditambah Baik Dan Lebih Pantas
- Facebook Memfailkan Saman Terhadap Firma Israel Kerana Menggodam Pengguna WhatsApp
- Cara Mengaktifkan Ciri Pengesahan 2 Faktor Untuk Akaun Facebook, Instagram Dan WhatsApp
- Ciri Terawal Facebook Yang Pernah Popular Dahulu Kembali, Ini Cara Aktifkannya
- Facebook RCB, Subsidiari Bawah MARA Corporation Disahkan Digodam
- Mesej Tular Jangan Tekan Butang "1" Di WhatsApp Dan Facebook Adalah Palsu