Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pencipta Python Sertai Microsoft

Pencipta Python Sertai Microsoft

Diterbitkan November 14, 2020 · Dikemas kini November 14, 2020 oleh ariff bukhari

Pencipta bahasa pengaturcaraan Python, Guido van Rossum dilaporkan menyertai Microsoft di bahagian Microsoft’s Developer Division.

Laporan itu disahkan oleh pihak Microsoft sendiri apabila menjawab pertanyaan tentang perkara tersebut kepada laman TechCrunch.

“We’re excited to have him as part of the Developer Division. Microsoft is committed to contributing to and growing with the Python community, and Guido’s on-boarding is a reflection of that commitment,” Jurucakap Microsoft.

Dengan penyertaan beliau ke dalam pasukan Microsoft, ini bermakna beliau tidak lagi bersama dengan Dropbox selepas lebih 6 tahun bersama syarikat tersebut.

I decided that retirement was boring and have joined the Developer Division at Microsoft. To do what? Too many options to say! But it’ll make using Python better for sure (and not just on Windows :-). There’s lots of open source here. Watch this space.

— Guido van Rossum (@gvanrossum) November 12, 2020

Guido van Rossum adalah seorang tokoh pengaturcara komputer yang bertanggungjawab mencipta bahasa pengaturcaraan Python dalam tahun 1989 dahulu.

Beliau pernah bekerja dengan beberapa syarikat teknologi lain sebelum ini seperti di National Institute of Standards and Technology pada pertengahan tahun 90an dan Google dari tahun 2005 hingga 2012.

Python merupakan antara bahasa pengaturcaraan paling popular di dunia ketika ini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
©2026 WISER.MY