Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
youtube shorts

Pencipta Kandungan YouTube Kini Boleh Tukar Video Panjang Menjadi ‘Shorts’

Diterbitkan Julai 29, 2022 oleh Nadiah Ab

Untuk memudahkan pencipta, YouTube menawarkan mereka untuk menukarkan video yang lebih panjang menjadi ‘Shorts’, yang formatnya hampir sama dengan TikTok.

Ciri ini boleh dilakukan melalui alat baharu iaitu “Edit into a Short” pada aplikasi YouTube di iOS dan Android.

Melaluinya, pencipta akan boleh memilih klip sehingga 60 saat daripada salah satu video mereka dan membawa klip itu ke dalam editor Shorts, terus daripada aplikasi YouTube pada iOS atau Android.

Dari situ, pencipta boleh menambah visual seperti teks, filter, serta video tambahan yang dirakam dengan kamera Shorts atau daripada galeri foto sendiri.

Menurut YouTube, Short yang telah siap itu nanti akan dipautkan kepada video penuh asal, yang boleh membantu menjadikannya sebagai alat promosi untuk kandungan pencipta.

Ini bermakna jika penonton menyukai Short yang dibuat dengan alat ini, mereka tidak perlu lagi bersusah ke saluran pencipta untuk mencari video penuh.

Ciri baru untuk Shorts ini sudah tersedia pada aplikasi YouTube di iOS dan Android.

Sumber: TechCrunch

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY