Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pencipta Adobe PDF Meninggal Pada Umur 81 Tahun

Pencipta Adobe PDF Meninggal Pada Umur 81 Tahun

Diterbitkan April 19, 2021 · Dikemas kini April 19, 2021 oleh Wiser MY

Industri teknologi dikejutkan dengan pemergian pengasas bersama (co-founder) Adobe, Charles “Chuck” Geschke, pada umur 81 tahun semalam.

Dr. Geschke merupakan antara orang penting yang mencipta perisian inovatif seperti Adobe PDF yang telah mengubah cara manusia berkomunikasi.

Menurut CEO Adobe, Chantanu Narayen, semangat Geschke yang sentiasa berinovasi telah mendorong terciptanya perisisan seperti PDF, Acrobat, Illustrator, Premiere Pro, dan Photoshop.

Berikut adalah sedikit sejarah mengenai Geschke:

Pencipta Adobe PDF Meninggal Pada Umur 81 Tahun

Geschke mendapat kedoktoran dari universiti Carnegie Mellon di Pittsburg. Beliau mula mengasas Adobe bersama John Warnock pada tahun 1982 selepas meninggalkan kerjaya mereka di Xerox Palo Alto Research Center.

Kemudian, beliau mula menjadi ketua pegawai operasi pada tahun 1986, presiden pada 1989, dan bersara pada April 2000.

Khidmat beliau sebagai pengerusi bermula pada tahun 1997 hingga tahun 2017. Beliau juga menjadi ahli lembaga emeritus pada April 2020.

Disamping sumbangannya pada dunia teknologi, beliau terkenal sebagai mangsa penculikan (1992) selama empat hari sebelum diselamatkan oleh FBI.

Selain itu, beliau juga pernah dinobat National Medal of Technology oleh presiden Barack Obama pada tahun 2009.

Geschke mempunyai seorang isteri selama 56 tahun perkahwinan dan mempunyai tiga orang anak serta tujuh orang cucu.

Sumber: the verge

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY