Pencarian Penerbangan MH370 Mungkin Akan Disambung Kembali

Misteri kehilangan penerbangan Malaysia Airlines MH370 merupakan sejarah terbesar dalam dunia penerbangan. Penerbangan yang dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur itu hilang dengan 239 orang di dalam pesawat.

Pencarian melibatkan beberapa negara sebelum ini dihentikan selepas peluang untuk menjumpai bangkai pesawat dilihat tipis. Namun satu syarikat dari Amerika Syarikat dilihat berminat untuk meneruskan operasi pencarian tersebut.



Ocean Infinity yang akan menghantar kapal laut mereka, Seabed Constructor akan memanfaatkan musim panas dan sedang menunggu kontrak bagi memulakan kerja-kerja tersebut. Kontrak itu akan diumumkan oleh kerajaan Malaysia pada minggu hadapan telah dilaporkan oleh media Australia.

Ocean Infinity merupakan syarikat perkapalan yang membekalkan teknologi penerokaan dasar laut dan mereka yakin dapat menghasilkan keputusan yang positif dalam melaksanakan misi mereka.



Penyiasat penerbangan percaya MH370 telah terbang di atas lautan Hindi selama 6 jam sebelum dipercayai terhempas. Dalam laporan terakhir pada tahun lepas, pihak penyiasat telah melakukan pencarian di dalam kawasan yang merangkumi 25,000 kilometer persegi.

Sumber