Pencarian Atlet e-Sukan Malaysia Ke Sukan SEA 2019 Bermula Bulan Ini

Sukan Asia Tenggara atau lebih dikenali sebagai Sukan SEA 2019 di Filipina hujung tahun ini bakal menjadi temasya Sukan SEA pertama yang mempertandingkan e-sukan.

Sehubungan dengan itu, Persatuan e-Sukan Malaysia(ESM) telah mengumumkan bahawa pencarian atlet bagi mewakili negara ke kejohanan dwi-tahunan itu bakal bermula pada bulan ini.



Sebanyak lima permainan video akan dipertandingkan di Filipina nanti iaitu Dota 2, StarCraft, Mobile Legends, Arena of Valor dan Tekken 7.

Pemilihan akan dibuat melalui dua cara berbeza iaitu secara atas talian serta luar talian.

Untuk mana-mana pemain diluar sana yang berminat untuk mencuba nasib, anda boleh melayari laman sesawang ESM untuk maklumat lanjut.

 

Sumber: Esports Malaysia