Penawaran Chrome Extension Berbayar Akan Ditamatkan

Google hari ini memaklumkan bahawa penawaran Extension berbayar untuk pelayar Google Chrome akan ditamatkan dalam beberapa bulan akan datang.

Ini bermakna, pembangun extension chrome berbayar perlu menggunakan sistem servis berbayar yang lain.

"The Chrome Web Store payments system is now deprecated and will be shut down over the coming months.... and if you currently use Chrome Web Store payments, you’ll need to migrate to one of them." Google

Kapsyen: Sumber: Chrome Developer


Penamatan servis tersebut dipercayai ada kaitan dengan insiden transaksi meragukan oleh pembangun dengan mengeksploitasi penggunanya yang berlaku pada awal tahun ini.

Walaubagaimanapun, penamatan servis ini hanya melibatkan pembangun yang  menggunakan servis pembayaran menerusi Chrome Web Store bagi monitize extension mereka sahaja.

Bagi pembangun yang tidak menggunakan servis tersebut, mereka tidak terkesan dengan penamatan servis tersebut.

Google memaklumkan, pembangun yang terkesan perlu berpindah ke platfom pembayaran lain dan memindahkan penjejakan lesen extension mereka.

Berkaitan