Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Penantian Kini Berakhir, ECG Pada Apple Watch Bakal Diaktifkan Di Malaysia

Penantian Kini Berakhir, ECG Pada Apple Watch Bakal Diaktifkan Di Malaysia

Diterbitkan Februari 9, 2021 oleh Amsyar Latif

Sebelum ini mungkin pengguna Apple Watch di Malaysia berasakan tidak berbaloi untuk memiliki jam pintar yang lebih mahal seperti series 5 atau series 6 kerana tidak dapat menggunakan fungsinya secara menyeluruh.

Manakan tidak, kenapa perlu berbelanja lebih sedangkan Apple Watch SE yang baharu memiliki hampir kesemua fungsi yang ada pada varian lebih premium.

Namun, penantian kini sudah berakhir kerana fungsi ECG pada Apple Watch bakal diaktifkan buat pengguna di Malaysia.

mdar ecg

Perkara ini ditemui oleh xaviernaxa dimana pihak berkuasa peranti perubatan Malaysia telah meluluskan fungsi tersebut.

mdar ecg 1

Selain itu, dokumen tersebut juga mendedahkan aplikasi Apple ECG dan aplikasi ECG iPhone telah tersenarai dalam peranti yang didaftarkan.

Oleh itu, kita bakal menerima fungsi ini tidak lama lagi memandangkan watchOS 7.3 turut telah menambah fungsi ini di beberapa negara Asia lain seperti Jepun, Mayotte, Filipina dan Thailand.

Sumber: MDAR via @xaviernaxa

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY