Penaja Archives - WISER.MY https://wiser.my/penaja Laporan Teknologi & Gajet Mon, 02 Mar 2026 04:37:13 +0000 ms-MY hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.8.5 https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2024/07/19091031/cropped-logo-3-1-32x32.png Penaja Archives - WISER.MY https://wiser.my/penaja 32 32 118486170 Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan https://wiser.my/direka-untuk-esports-iqoo-15r-janjikan-pengalaman-gaming-mengujakan Mon, 02 Mar 2026 04:00:26 +0000 https://wiser.my/?p=369286 Di era gaming mudah alih, pengguna bukan sahaja mahukan peranti yang pantas semata, tapi lengkap dalam segalanya. Sebab itulah iQOO 15R muncul sebagai peranti flagship yang direka khas untuk memberikan pengalaman gaming tanpa kompromi dengan menetapkan piawaian baru untuk telefon pintar berprestasi tinggi. 3 Cip Dengan Sistem Penyejukan IceCore! Dikuasakan oleh Snapdragon® 8 Gen 5...

The post Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan appeared first on WISER.MY.

]]>
Di era gaming mudah alih, pengguna bukan sahaja mahukan peranti yang pantas semata, tapi lengkap dalam segalanya.

Sebab itulah iQOO 15R muncul sebagai peranti flagship yang direka khas untuk memberikan pengalaman gaming tanpa kompromi dengan menetapkan piawaian baru untuk telefon pintar berprestasi tinggi.

3 Cip Dengan Sistem Penyejukan IceCore!

Dikuasakan oleh Snapdragon® 8 Gen 5 bersama vivo Supercomputing Chip Q2 dan Network Enhancement Chip, sekali gus memastikan pengalaman bermian berjalan lancar tanpa lag. 

Gamer boleh menikmati grafik penuh pada tetapan FPS maksimum dengan stabil, sama ada dalam permainan aksi pantas seperti Delta Force, Call of Duty Mobile atau permainan strategi berat termasuklah Age Of Empire dan Mobile Legend Bang Bang (MLBB).

Yang bestnya lagi, mainlah berjam-jam lama pun, iQOO 15R sentiasa cool di tangan korang. Inilah kehebatan ciri sistem penyejukan IceCore!.

iQOO 15R dilengkapi sistem penyejukan 6.5K IceCore VC Vapor Chamber dengan Dual-Layer Graphite Sheet memastikan prestasi kekal konsisten walaupun selepas berjam-jam bermain.

Pengecasan 100W Advanced Bypass

Hayat bateri adalah antara kebimbangan utama pemaian tegar permainan mudah alih.

Inilah kelebihan utama iQOO 15R di mana ia dimuatkan dengan bateri 7600mAh yang mampu memberikan permainan tanpa henti selama 7 jam.

Malah lebih hebat lagi adalah bateri iQOO 15R menyokong pengecasan pantas 100W FlashCharge serta teknologi Advanced Bypass Charging yang membolehkan pengecasan pantas tanpa menjejaskan prestasi.

Skrin AMOLED 144Hz

Untuk pengalaman gaming maksimum, iQOO 15R adalah peranti terbaik untuk pemain tegar.

Dilengkapi paparan 1.5K AMOLED dengan kadar segar 144Hz, bermain permainan aksi dan pantas di  iQOO 15R membolehkan anda bermain melebihi tahap prestasi terbaik anda.

Ditambah lagi dengan Super Touch Control Chip menjadikan setiap pergerakan lebih tepat dan responsif yang boleh dirasai dalam setiap sentuhan.

 iQOO 15R Untuk Gamer Sejati

Dengan spesifikasi flagship dan reka bentuk premium, iQOO 15R bukan sekadar telefon pintar – ia adalah ‘senjata’ utama gamer sejati yang juga dibina bersama sistem OriginOS 6,sekali gus menjanjikan pengalaman keseluruhan yang tiada tandingan..

Maka tidak hairanlah iQOO 15R menjadi telefon pintar rasmi bagi MKL 2026.

Kesimpulannya,  iQOO 15R  adalah sebuah flagship kompak yang menjanjikan pengalaman gaming lancar tanpa lag dan imersif.

Setiap pilihan perkakasan dan perisian direka khusus untuk menyokong fokus tersebut.

iQOO 15R telefon gaming terbaru sudah pun rasmi di Malaysia dengan harga jualannya bermula RM2,499. iQOO 15R sudah boleh dibeli dari stor rasmi:

{suggest}

The post Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan appeared first on WISER.MY.

]]>
369286
Bukan Gimik, Kualiti Bunyi Huawei FreeClip 2 Ni Betul-Betul Padu https://wiser.my/bukan-gimik-kualiti-bunyi-huawei-freeclip-2-ni-betul-betul-padu Tue, 20 Jan 2026 08:00:15 +0000 https://wiser.my/?p=367012 Penggunaan fon telinga/ fon kepala kini bukan lagi sekadar untuk mendengar muzik, malah menjadi sebahagian daripada rutin harian — daripada mesyuarat dalam talian, panggilan telefon, sehinggalah peranti untuk aktiviti santai dan bersukan. Namun, tidak semua pengguna selesa dengan fon telinga konvensional yang perlu disumbat ke dalam telinga atau gemar memakai fon kepala yang besar dan...

The post Bukan Gimik, Kualiti Bunyi Huawei FreeClip 2 Ni Betul-Betul Padu appeared first on WISER.MY.

]]>
Penggunaan fon telinga/ fon kepala kini bukan lagi sekadar untuk mendengar muzik, malah menjadi sebahagian daripada rutin harian — daripada mesyuarat dalam talian, panggilan telefon, sehinggalah peranti untuk aktiviti santai dan bersukan.

Namun, tidak semua pengguna selesa dengan fon telinga konvensional yang perlu disumbat ke dalam telinga atau gemar memakai fon kepala yang besar dan terlalu menonjol.

Di sinilah HUAWEI perkenal FreeClip 2, fon telinga terbuka yang direka dengan konsep yang menekankan keselesaan maksimum walaupun dipakai untuk tempoh lama tapi pada masa yang sama menyampaikan pengalaman audio berkualiti tinggi.

Kedua-dua sisi HUAWEI FreeClip 2 adalah simetri, jadi tiada lagi isu “kiri” atau “kanan”.

Menggunakan reka bentuk klip telinga yang ringan dan fleksibel, ia membolehkan fon telinga ini melekat dengan selamat tanpa menutup saluran telinga sepenuhnya.

Dengan berat hanya 5.1 gram setiap satu, FreeClip 2 hampir tidak terasa apabila dipakai.

Sepanjang menggunakannya, material silikon lembut mesra kulit serta aloi memori bentuk memastikan keselesaan walau dipakai sepanjang hari.

Sama ada ketika di pejabat, berjalan kaki mahupun aktiviti senaman ringan di taman beriadah, FreeClip 2 sangat selesa dipakai.

Reka bentuk klipnya menggabungkan acoustic ball dan comfort bean yang membantu menyesuaikan kedudukan earbuds mengikut bentuk telinga pengguna.

Tapi apa yang lebih mengejutkan adalah kualiti bunyi yang dihasilkan fon telinga kecil ini. Pada mulanya, penulis sangat skeptikal dengan pengalaman audio dari FreeClip 2.

Namun, apabila mendengar dan merasai sendiri pengalaman bersama FreeClip 2, perkataan pertama yang muncul dari penulis adalah “WOW!”.

Ini sesuatu yang amat berbeza daripada fon telinga konvensional mahupun fon kepala. Sebelum ini, pilihan utama penulis adalah fon kepala dengan ciri pembatalan hingar (ANC).

Tetapi, jujur cakap, HUAWEI FreeClip 2 benar-benar memberikan pengalaman audio yang baharu.

Kualiti bunyinya begitu mengagumkan dengan bass yang padu, kejelasan vokal dan perincian bunyi setiap instrumen adalah begitu teliti sekali. Ia sesuatu yang langsung tidak dijangka sama sekali.

Satu lagi kelebihan utama HUAWEI FreeClip 2 adalah ia membolehkan pengguna kekal peka terhadap persekitaran. Ini amat sesuai untuk mereka yang sering bergerak di luar atau bekerja dalam suasana terbuka.

Ini amat penting untuk keselamatan apabila berada di persekitaran luar yang sibuk dan padat dengan orang ramai dan kenderaan.

Teknologi Adaptive Open-ear Listening yang dikuasakan oleh cip audio AI generasi ketiga dengan NPU lebih berkuasa, menyesuaikan audio secara automatik mengikut persekitaran, memastikan bunyi kekal jelas dan seimbang, namun perlu diperhatikan bahawa ia merupakan ciri eksperimental.

Untuk panggilan suara, FreeClip 2 terbina dengan enam mikrofon, sekali gus menjawab panggilan lebih jelas dengannya walaupun berada di kawasan awam yang bising.

FreeClip 2 hadir dengan ketahanan air IP57, membolehkan pengguna membilasnya dengan air; manakala bekas pengecasannya pula mempunyai penarafan IP54.

Dari segi tempoh operasi pula, anda tidak perlu bimbang kerana FreeClip 2 mampu bertahan sehingga 9 jam penggunaan, dan sehingga 38 jam bersama bekas pengecasan. 

Malah, pengecasan pantas selama 10 minit boleh memberikan sehingga 3 jam masa main balik.

Apa yang dapat disimpulkan, secara keseluruhan, HUAWEI FreeClip 2 menawarkan pengalaman audio yang baharu.

Rekaannya begitu praktikal untuk pelbagai keadaan sama ada semasa bekerja, bersenam mahupun perbualan harian di mana pada masa yang sama ia menyampaikan pengalaman audio terbaik sepanjang masa.

FreeClip 2 bukan sekadar fon telinga biasa, tetapi ia adalah fon telinga terbuka terbaik, menjadikannya peranti audio paling praktikal tahun 2026 ini.

HUAWEI FreeClip 2 kini sudah pun tiba di Malaysia pada harga RM749 di mana anda boleh nikmati diskaun segera RM50, menjadikannya hanya berharga RM699 sahaja.

Tawaran ini boleh didapati di semua Kedai HUAWEI, sama ada dalam talian atau luar talian. 

Selain itu, terima juga HUAWEI Loss Care 1-tahun bernilai RM59 secara percuma.

Lawati kedai runcit HUAWEI berdekatan untuk mengalami HUAWEI FreeClip 2 dan berpeluang memenangi hadiah istimewa.

Beli HUAWEI FreeClip 2 untuk menerima hadiah tambahan, siapa cepat dia dapat. Untuk maklumat lanjut tentang HUAWEI FreeClip 2, sila lawati:

Laman Web Rasmi HUAWEI: Huawei Malaysia

Beli HUAWEI FreeClip 2 dari:

*Artikel ini dibawakan oleh Huawei Malaysia.

The post Bukan Gimik, Kualiti Bunyi Huawei FreeClip 2 Ni Betul-Betul Padu appeared first on WISER.MY.

]]>
367012
‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat https://wiser.my/hype-atau-tidak-ini-yang-oppo-reno15-sebenarnya-boleh-buat Wed, 14 Jan 2026 08:36:12 +0000 https://wiser.my/?p=366722 Bila sebut telefon baharu, biasanya kita akan nampak senarai spesifikasi panjang. Semua nampak hebat, ada yang dijanjikan bulan bintang, tapi sejauh mana ia menawarkan prestasi setanding ‘hype’? OPPO Reno15 mungkin ada jawapannya. Lagi Ramai Dalam Satu Bingkai, Lagi ‘Hidup’ Pernah tak bila selfie, tapi rasa ada sesuatu yang tak kena? Sama ada wajah nampak sedikit...

The post ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat appeared first on WISER.MY.

]]>
Bila sebut telefon baharu, biasanya kita akan nampak senarai spesifikasi panjang. Semua nampak hebat, ada yang dijanjikan bulan bintang, tapi sejauh mana ia menawarkan prestasi setanding ‘hype’? OPPO Reno15 mungkin ada jawapannya.

Lagi Ramai Dalam Satu Bingkai, Lagi ‘Hidup’

Pernah tak bila selfie, tapi rasa ada sesuatu yang tak kena? Sama ada wajah nampak sedikit herot, dahi nampak luas, atau latar belakang terus ‘tenggelam’ sebab bingkai terlalu sempit.

Itulah punca kenapa gambar sering nampak kekok. Apabila sudut lensa kamera depan terlalu terhad, ia terpaksa ‘menarik’ imej untuk muatkan subjek.

Sebab itu, 50MP Ultra Wide Selfie Camera pada Reno15 bukan sekadar angka semata-mata. Bayangkan nak selfie dengan kawan ramai-ramai, tapi semua orang boleh muat dalam satu bingkai tanpa perlu berundur atau terlalu rapat.

Dengan sudut pandang seluas 100°, suasana tempat, vibe dan ekspresi semua orang boleh dirakam dengan natural, tak nampak seperti ‘dipaksa’.

Golden Selfie Angle (0.6x) pula buatkan saiz wajah nampak lebih seimbang secara semula jadi dengan latar belakang yang tetap luas. Hasilnya selfie nampak santai dan tetap “on point”.

Bila melancong, memang terasa bezanya. Tak perlu selfie stick yang makan ruang, dan tak perlu pusing telefon guna kamera belakang semata-mata ikut trend Gen Z. Angkat, snap, siap.

Popout

Scroll media sosial mesti pernah nampak gambar yang macam subjek tu keluar dari bingkai. Biasanya siap ada tutorial panjang lebar nak edit, layer sana sini, baru jadi.

Dengan Reno15, semua tu tak perlu. Ciri Popout boleh gabungkan beberapa Motion Photos dan terus jadi effect “melompat keluar dari frame”, tanpa proses yang renyah.

Contohnya mudah saja, kawan hulur secawan kopi dalam bingkai atas, kita sambut di bingkai bawah. Sekali tengok, terus rasa macam magik tapi memang real. Tak perlu aplikasi tambahan, tak perlu skill edit. Cuma ambil gambar, dan biar Reno15 buat kerja dia.

Potret Dari Jauh, Tetap Nampak Profesional

3.5x Telephoto Vibe Portrait menjadikan potret yang dirakam dari jarak jauh nampak lebih profesional. Dengan Telescope Zoom OPPO, zum digital sampai 120× pun butiran gambar masih jelas.

Kombinasi lensa 50MP dengan Reno Portrait Engine buatkan warna dan tona kulit kekal semula jadi, tanpa kesan pemprosesan berlebihan. Lensa telefoto ini juga hasilkan spatial compression secara semula jadi, membuatkan subjek dan latar nampak lebih dekat – sinematik tapi masih realistik.

Dalam keadaan cahaya kurang memuaskan, AI Portrait Glow bantu seimbangkan pencahayaan, manakala AI Motion Photo Eraser pula boleh buang gangguan macam orang lalu lalang atau objek yang tidak diingini.

Tak cukup dengan gambar, Reno15 juga sokong rakaman video 4K HDR Ultra-Steady. Dari namanya pun dah jelas, rakaman tetap stabil walaupun bergerak, warna nampak lebih semula jadi. Ditambah pula dengan Front Ultra Wide Portrait Video 0.6x, sesuai untuk vlog.

Rekaan Yang ‘Bergerak’ Dengan Cahaya

Dancing Aurora Texture Design bukan sekadar cantik, tetapi menjadikan panel belakang seolah-olah hidup dan sentiasa bergerak.

Berjuta-juta corak OPPO Glow yang sangat halus diukir pada permukaan, menjadikan kemasan dengan tekstur visual 3D. Bila cahaya kena dari sudut berbeza, gelombang aurora lembut dan berwarna-warni bergerak di belakang telefon, macam tengok aurora sebenar.

Rekaan Dynamic Halo Deco pada modul kamera pula menambah sentuhan premium, bukan sekadar elemen kosmetik tetapi melengkapkan keseluruhan identiti aurora yang dibawakan.

Skrin 6.59-inci AMOLED dengan 120Hz Smart Adaptive serta bezel nipis memberikan pengalaman visual yang selesa dan lancar sama ada untuk menonton video, bermain permainan video atau sekadar melayari media sosial.

Dengan nisbah skrin-ke-badan 93.4% dan ketahanan IP69 terhadap air dan debu, telefon ni bukan sekadar cantik, tapi praktikal untuk penggunaan harian.

ColorOS 16: Lancar, Pintar, Ringkas

Hadir dengan ColorOS 16 dan Trinity Engine baharu, ia menjadikan setiap pergerakan di telefon lancar walaupun banyak aplikasi dibuka serentak.

Sistem ni juga dilengkapi 6-Year Fluency Authentication. Maksudnya, Reno15 direka untuk kekal responsif dan lancar walaupun digunakan bertahun-tahun, sesuai untuk pemilik yang guna untuk tempoh lama.

Navigasi dari Photos dan Album ke Home Screen, Search dan Control Centre bergerak lancar, manakala top 100 aplikasi dilancarkan serta-merta, dengan hampir tiada lag untuk tugasan harian.

Nak rancang perjalanan? AI Mind Space bantu tangkap, susun dan akses info penting dengan mudah, terus dari telefon. O+ Connect membolehkan pemindahan fail, termasuk Motion Photo, dengan iPhone hanya melalui ciri Touch to Share. Tambah pula Google Gemini & Gemini Live, chat pintar rasa semula jadi, lancar dan serba boleh.

Semua ini disokong dengan bateri 6500mAh dan pengecasan pantas 80W SUPERVOOC, membolehkan Reno15 digunakan sepanjang hari tanpa risau habis tenaga. Bila nak cas balik pun cepat dan efisien. Lancar, pantas dan berkuasa, pengalaman penggunaan terasa effortless.

“EZ Game, EZ Share”

Reno15 juga sesuai digunakan untuk bermain permainan video. Snapdragon 7 Gen 4 beri prestasi yang lebih padu sambil mengekalkan penggunaan cekap tenaga, jadi telefon tak cepat panas dan bateri tahan lebih lama.

Bila main game, AI HyperBoost 2.0 pastikan setiap permainan berjalan lancar tanpa sangkut. Pada masa sama, AI Game Capture 2.0 boleh rakam momen penting tanpa ganggu kelancaran permainan.

Sama ada nak simpan klip 15 atau 30 saat, atau ambil Motion Photos 3 saat untuk highlight gameplay, semuanya mudah dan terus boleh dikongsi bila-bila masa.

Reno15 Bukan Sekadar ‘Hype’

OPPO Reno15 tidak hanya menampilkan ciri canggih. Sebaliknya, ia memfokuskan bagaimana kamera, sistem dan prestasi digabungkan untuk memberikan pengalaman yang mudah, lancar dan konsisten kepada pengguna.

Dalam dunia teknologi yang bergerak pantas, pendekatan sebegini lebih relevan daripada spesifikasi tinggi tapi jarang digunakan.

Reno15 5G boleh didapati dalam dua pilihan storan iaitu 12/256GB pada harga RM1,999 dan 12/512GB berharga RM2,399. Selain itu, terdapat juga model Reno15 Pro dan Reno15 F.

Setiap pembelian Reno15 Pro atau Reno15 layak mendapat OPPO Watch S pada harga RM99 sahaja.

Jangan lepaskan peluang untuk cuba sendiri pengalaman Reno15 di jerayawara (roadshow) dari 13 hingga 18 Januari 2026 di IOI City Mall, yang turut menampilkan persembahan artis serta jatuhan belon dengan 50% diskaun untuk belon merah jambu dan kopi percuma atau diskaun RM100 untuk produk iOT bagi belon berwarna putih.

Terdapat juga pelbagai promosi lain sepanjang jerayawara, termasuk cabutan bertuah dengan pembelian mana-mana model dalam siri OPPO Reno15.

Untuk maklumat lanjut mengenai siri OPPO Reno15, layari halaman Reno15 Pro 5G, Reno15 atau Reno15 F.

The post ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat appeared first on WISER.MY.

]]>
366722
Skrin Tak Silau, Stylus Lebih Pintar, Kenapa HUAWEI MatePad 12 X 2026 Rasa Berbeza https://wiser.my/skrin-tak-silau-stylus-lebih-pintar-kenapa-huawei-matepad-12-x-2026-rasa-berbeza Tue, 06 Jan 2026 11:54:53 +0000 https://wiser.my/?p=366241 Bila fokus asyik hilang semasa bekerja di hadapan skrin, ramai terus menyalahkan diri sendiri. Hakikatnya, gangguan visual seperti glare dan pantulan cahaya memainkan peranan besar dalam menjejaskan tumpuan. Skrin yang terlalu berkilat memaksa mata sentiasa menyesuaikan diri, menjadikan otak lebih cepat letih. Dalam jangka panjang, ini menjejaskan kelancaran kerja dan kualiti hasil. Sebab itu, perhatian...

The post Skrin Tak Silau, Stylus Lebih Pintar, Kenapa HUAWEI MatePad 12 X 2026 Rasa Berbeza appeared first on WISER.MY.

]]>
Bila fokus asyik hilang semasa bekerja di hadapan skrin, ramai terus menyalahkan diri sendiri. Hakikatnya, gangguan visual seperti glare dan pantulan cahaya memainkan peranan besar dalam menjejaskan tumpuan.

Skrin yang terlalu berkilat memaksa mata sentiasa menyesuaikan diri, menjadikan otak lebih cepat letih. Dalam jangka panjang, ini menjejaskan kelancaran kerja dan kualiti hasil.

Sebab itu, perhatian kini semakin beralih kepada teknologi paparan yang lebih mesra mata dan stabil untuk kegunaan jangka panjang. Bukan sekadar cantik, tetapi selesa dan konsisten untuk membaca, menulis, dan bekerja setiap hari.

Pendekatan inilah yang dibawa oleh HUAWEI MatePad 12 X 2026, selari dengan penerimaan positif siri HUAWEI MatePad 12 X 2026 di pasaran global sebagai tablet produktiviti arus perdana.

Skrin Kurang Silau, Mata Lebih Selesa

Pengalaman utama HUAWEI MatePad 12 X 2026 bermula dengan 12-inch Ultra-Clear PaperMatte Display. Paparan ini menggunakan teknologi nanoscale etching berketepatan tinggi yang mengurangkan kesan berkilau halus pada skrin sehingga 50 peratus, menghasilkan visual yang lebih smooth dan jelas.

Struktur nano tekstur pula membantu mengurangkan gangguan cahaya persekitaran sehingga 99 peratus, menjadikannya lebih selesa digunakan walaupun di bawah lampu terang atau berhampiran tingkap.

Ciri anti-glare, anti-reflection, anti-fatigue, dan anti-fingerprint memastikan keselesaan mata untuk penggunaan lama. Ia turut menerima pensijilan TÜV Rheinland dan SGS bagi perlindungan mata.

Dari segi spesifikasi, skrin ini menyokong kecerahan 1000 nits, kadar segar semula 144Hz, resolusi 2800×1840, gamut warna P3, dan HDR Vivid. Ini ialah jenis skrin yang sesuai untuk kerja serius tanpa rasa cepat penat.

Perisian WPS Office setaraf PC

Untuk produktiviti sebenar, HUAWEI MatePad 12 X 2026 dilengkapi PC-Level WPS Office 3.0. Ia menyokong copy dan paste carta PowerPoint, Word, dan Excel yang masih boleh diedit dengan data asal.

Antara fungsi penting lain termasuk UI dan UX bertaraf PC dengan sokongan pelbagai bahasa, document insertion seperti link dan attachment, LaTeX insertion, pivot table optimization, automatic file compression, serta advanced math functions untuk Excel.

Digabungkan dengan HUAWEI Smart Magnetic Keyboard dan HUAWEI Wireless Mouse, ia membentuk setup kerja yang lengkap dan praktikal.

HUAWEI M-Pencil Pro Baharu Yang Lebih Canggih

HUAWEI M-Pencil Pro direka untuk melancarkan flow kerja melalui akses yang lebih pantas. Star Ring Button membolehkan shortcut ditetapkan mengikut keperluan, manakala Pinch Gesture memaparkan radial menu untuk tukar tool dengan cepat. 

Tiga tip yang boleh ditukar menyokong pelbagai gaya penggunaan seperti menulis, melakar, dan mewarna. Dengan 16,384 pressure levels serta tactile feedback yang lebih paper-like, pengalaman menulis dan melakar terasa lebih natural dan responsif.

Aplikasi Nota Harian Dan Kreatif

HUAWEI Notes hadir dengan akses percuma dan menawarkan pelbagai ciri praktikal seperti Rakaman Nota untuk memainkan semula sesi penulisan, Lasso Perubahan Warna, Carian Tulisan Tangan, fungsi Import dan Eksport, serta Peningkatan Tulisan Tangan Berasaskan AI untuk bahasa Inggeris dan Cina.

Pusat Sumber pula menyediakan lebih daripada 130+pilihan kulit nota, 60+ jenis kertas dan 400+ pelekat, termasuk tema tempatan.

Untuk aspek kreativiti, GoPaint turut disertakan tanpa langganan, dengan lebih 100 berus warna sebenar, tekstur kanvas yang realistik, serta Kad Warna Pintar yang mencadangkan palet warna berdasarkan imej atau pemandangan yang dirakam.

Nipis, Ringan, dan Tahan Seharian

Dengan ketebalan hanya 5.9mm dan berat tablet serta aksesori sekitar 863g, HUAWEI MatePad 12 X 2026 mudah dibawa ke mana-mana.

Bateri 10,100 mAh menyokong sehingga 14 jam main balik video, manakala 66W SuperCharge membolehkan pengecasan penuh dalam kira-kira 85 minit.

Harga

HUAWEI MatePad 12 X 2026 bermula dari RM2,499 dan hadir dengan HUAWEI Smart Magnetic Keyboard dalam kotak. 

Untuk pratempah, pengguna turut menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM1,047 termasuk HUAWEI M-Pencil Pro bernilai RM599, HUAWEI Mouse, dan PC-Level WPS OFFICE 3.0.

Untuk pembelian, anda boleh klik pautan di bawah:

The post Skrin Tak Silau, Stylus Lebih Pintar, Kenapa HUAWEI MatePad 12 X 2026 Rasa Berbeza appeared first on WISER.MY.

]]>
366241
5 Benda Yang Buat OriginOS 6 Rasa Lebih Kemas dan Lancar https://wiser.my/ini-5-yang-best-tentang-originos-6 Wed, 19 Nov 2025 09:15:57 +0000 https://wiser.my/?p=363172 Penantian pengguna luar pasaran China untuk menikmati sendiri pengalaman sistem operasi telefon pintar terbaru yang dibangunkan sendiri oleh vivo, OriginOS 6 akhirnya berakhir. Ia selepas vivo secara rasmi melancarkan OriginOS 6 kepada pengguna global termasuklah di Malaysia. Ia bukan sahaja OS yang menekankan kelancaran, tetapi juga membawa inovasi reka bentuk dan ekosistem yang lebih menyeluruh....

The post 5 Benda Yang Buat OriginOS 6 Rasa Lebih Kemas dan Lancar appeared first on WISER.MY.

]]>
Penantian pengguna luar pasaran China untuk menikmati sendiri pengalaman sistem operasi telefon pintar terbaru yang dibangunkan sendiri oleh vivo, OriginOS 6 akhirnya berakhir.

Ia selepas vivo secara rasmi melancarkan OriginOS 6 kepada pengguna global termasuklah di Malaysia.

Ia bukan sahaja OS yang menekankan kelancaran, tetapi juga membawa inovasi reka bentuk dan ekosistem yang lebih menyeluruh.

Mesti ramai yang nak tahu kelebihan OriginOS ini. Jadi di sini di kongsikan 5 perkara paling best tentang OriginOS 6 yang menjadikannya berbeza daripada pesaingnya.

1. Sangat “smooth” dan konsisten bertahun-tahun

Berbeza daripada Funtouch OS, OriginOS 6 menawarkan pengalaman kelancaran OS serba baharu. Dibina dengan Origin Smooth Engine, ia menggabungkan ultra-core computing, memory fusion, dan dual rendering architecture.

Hasilnya, pengguna vivo dengan OriginOS 6 menikmati kelancaran aplikasi dengan 26% lebih prestasi berbanding pesaing walaupun selepas bertahun-tahun penggunaan.

OriginOS 6 memberikan pengalaman lancar walaupun selepas bertahun-tahun penggunaan.

Jadi, sama ada anda membuka aplikasi berat mahupun aplikasi ringan serentak untuk multitugas, prestasi peranti vivo anda akan tetap stabil tanpa lag.

2. Ciri unik Origin Island 

Salah satu ciri unik baharu diperkenalkan dalam OriginOS 6 ialah Origin Island, sebuah pusat kawalan all-in-one yang memberi cadangan pintar dan tindakan segera.

Contohnya, jika anda drag gambar atau teks ke Origin Island , sistem OriginOS 6 dengan sendirinya memahami kandungan tersebut dan akan terus mencadangkan aplikasi terbaik untuk anda gunakan. 

Ia juga memudahkan perkongsian ke media sosial atau akses pantas ke fungsi tertentu tanpa perlu menukar aplikasi.

Dengan notifikasi masa nyata, anda akan sentiasa peka terhadap perubahan sistem tanpa gangguan.

3. Flip Cards – Wallpaper jadi tak boring 

Siapa sangka,  vivo berjaya inovasikan wallpaper telefon pintar dengan tidak menjadikannya boring apabila memperkenalkan Flip Cards.

Ia merupakan antara ciri visual yang paling menarik sekali dalam UI OriginOS 6. Flip Card menyokong sehingga 4 imej untuk digabungkan sebagai wallpaper.

Apabila telefon dimiringkan, visual berbeza dari 4 imej tersebut akan muncul berdasarkan pada sudut pandangan anda.

Malah Flip Card turut menyokong Live Photos dan video, sekali gus menjadikan wallpaper telefon vivo anda lebih interaktif dan lebih cool berbanding telefon lain.

vivo mendapat inspirasi untuk mencipta Flip Cards daripada mainan lentikular.

4. vivo Office Kit – Kerja rentas platform lebih lancar

Bagi mereka yang bekerja merentas peranti, vivo Office Kit adalah ciri yang sangat berguna. Ia membolehkan anda melakukan Screen Mirroring ke PC atau Mac.

Malah vivo menambah fungsi Notes Multi-Device Collaboration yang membolehkan idea dicatat di mana-mana peranti dan diselaraskan secara masa nyata.

Selain itu, dengan aplikasi EasyShare, anda dengan mudah boleh berkongsi fail dan foto antara telefon vivo dengan iPhone dengan One-Tap Transfer. 

Ringkasnya, vivo Office Kit bukan sekadar membolehkan anda lakukan screen mirroring, tapi juga pidahkan fail, sambung kerja dari peranti vivo ke komputer dan lain-lain. 

Walaupun pelbagai peranti yang anda guna itu berbeza dan tidak berada dekat dengan komputer, ciri rentas platform vivo ini memberikan anda akses lebih mudah dan lancar.

5. Privasi & Keselamatan yang Kukuh

Sudah tentunya aspek keselamatan menjadi antara yang ditekankan dalam OriginOS 6 dengan memperkenalkan vivo Security.

Ia berasaskan “hardware root of trust” di peringkat cip, memastikan setiap lapisan daripada kernel hinggalah aplikasi dilindungi sepenuhnya.

vivo Security menawarkan ciri Private Space yang membolehkan pengguna menyimpan fail sensitif seperti gambar, aplikasi dan lain-lain dalam ruang terasing yang dienkripsi di mana ia menjaminkan sekatan akses tanpa kebenaran.

Ciri ini sudah tentunya amat penting dan bermanfaat bagi mereka yang mahukan sebuah peranti yang mampu memberikan tahap privasi yang tinggi pada mereka.

Private Space terasing sepenuhnya dari sistem utama untuk simpanan data sensitif anda.

Kesimpulan

OriginOS 6 bukan sekadar sistem operasi baharu, tetapi sebuah pengalaman OS baharu pada peranti pintar yang menyeluruh. 

Dengan jaminan kelancaran sistem untuk jangka panjang, interaksi visual yang kreatif, ekosistem kerja lancar, serta perlindungan privasi yang mantap,peranti vivo dengan OriginOS benar-benar membawakan pengalaman baharu kepada pengguna di Malaysia.

OriginOS 6 bukan sekadar sistem operasi peranti pintar, tetapi ia mewujudkan satu ekosistem inklusif yang menjadikan urusan kerja mahupun peribadi lebih produktif dan lancar.

*Artikel ini dibawakan oleh vivo Malaysia.

{suggest}

The post 5 Benda Yang Buat OriginOS 6 Rasa Lebih Kemas dan Lancar appeared first on WISER.MY.

]]>
363172
Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar https://wiser.my/nak-rumah-selamat-privasi-terjaga-24-7-unifi-ada-penyelesaian-pintar Tue, 11 Nov 2025 01:31:35 +0000 https://wiser.my/?p=362457 Di dunia moden serba canggih dengan teknologi IoT, rumah bukan sekadar tempat berteduh. Ia adalah ruang di mana kehidupan seharian sesebuah keluarga dipenuhi dengan aplikasi teknologi. Jadi, sudah tentunya keselamatan dan privasi keluarga turut menjadi keutamaan. Namun, realitinya, ancaman seperti insiden kecurian mahupun pencerobohan privasi maya boleh berlaku pada bila-bila masa.  Di sinilah Unifi hadir...

The post Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar appeared first on WISER.MY.

]]>
Di dunia moden serba canggih dengan teknologi IoT, rumah bukan sekadar tempat berteduh. Ia adalah ruang di mana kehidupan seharian sesebuah keluarga dipenuhi dengan aplikasi teknologi.

Jadi, sudah tentunya keselamatan dan privasi keluarga turut menjadi keutamaan.

Namun, realitinya, ancaman seperti insiden kecurian mahupun pencerobohan privasi maya boleh berlaku pada bila-bila masa. 

Di sinilah Unifi hadir menawarkan perlindungan serba lengkap seisi rumah dengan memperkenalkan pakej Unifi Home Shield terbaharu, penyelesaian menyeluruh untuk rumah anda.

Pakej Unifi Home Shield terbaru menjadi pilihan pengguna yang mementingkan keselamatan dan privasi.

Unifi Home Shield 

Unifi Home Shield bukan sekadar sistem keselamatan biasa, tetapi pemantau rumah serba boleh pertama di Malaysia yang menggabungkan internet berkelajuan tinggi, peranti pintar dan perlindungan siber 24/7.

Semua ini diuruskan sepenuhnya oleh Unifi, dari pemasangan profesional, sokongan teknikal, sehinggalah jaminan seumur hidup selagi langganan aktif.

Bayangkan, anda sedang bekerja di pejabat atau bercuti di luar negara, tetapi masih dapat memantau rumah secara langsung melalui aplikasi.

Anda boleh melihat anak-anak bermain, memastikan ibu bapa di rumah selamat, atau menerima amaran segera jika ada pergerakan mencurigakan. 

Selain itu, anda juga boleh memastikan setiap penghantaran bungkusan selamat, walaupun anda tiada di rumah.

Semua kawalan berada di hujung jari anda, di satu aplikasi yang mudah digunakan.

Jadi, memahami keperluan isi rumah moden, Unifi kini menawarkan pelan penjimatan langganan internet baharu yang disertakan bersama perlindungan untuk rumah anda.

Menerusi Pelan baharu ini, Unifi menawarkan langganan Unifi Home berkelajuan tinggi 300Mbps beserta Unifi Home Shield Essential Pack pada harga serendah RM129 sahaja.

Tawaran eksklusif ini juga lengkap dengan aplikasi Unifi Smart Home, 1x kamera AI di dalam rumah serta sokongan 7 hari bagi storan awan video.

Malah ini merupakan solusi pemantauan rumah pintar pertama di Malaysia yang menyatukan keselamatan fizikal dan siber dalam satu pakej mudah pada harga yang sangat berbaloi.

Direka khas untuk gaya hidup moden, anda kini boleh menikmati perlindungan 24/7 tanpa perlu pening kepala dengan jaminan dan proses pemasangan semuanya diuruskan oleh pihak Unifi.

Keselamatan rumah bukan lagi pilihan, tetapi keperluan demi memastikan keselamatan keluarga lebih terjamin.

Jadi, dengan sistem pemantauan pintar serba lengkap Unifi Home Shield  yang ditawar pada harga mampu milik ini, akan lebih ramai pengguna lebih yakin rumah dan orang tersayang sentiasa selamat dengan mengintegrasikan teknologi IoT ke dalam gaya hidup mereka.

Malah, pelepasan cukai kini tersedia untuk CCTV (AI Camera dan Solar Outdoor Camera). Pelanggan yang melanggan pelan Unifi Home Shield layak untuk menuntut pelepasan cukai ini.

Pembayar cukai boleh mendapat pelepasan sehingga RM2,500 bagi pembelian mesin pengisar sisa makanan (food waste grinder) dan kamera litar tertutup (CCTV) di rumah.

Lindungi rumah anda daripada ancaman fizikal dan digital bermula hari ini. Ketahui lebih lanjut tentang tawaran terkini Unifi Home Shield dengan layari unifi.com.my/smarthome

*Tertakluk pada terma dan syarat

*Artikel ini dibawakan oleh TM

The post Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar appeared first on WISER.MY.

]]>
362457
Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni https://wiser.my/kami-dah-putus-asa-dera-vivo-v60-lite-5g-ni Mon, 27 Oct 2025 03:08:27 +0000 https://wiser.my/?p=361246 Kalau anda mencari telefon pintar yang super tahan lasak, vivo ada model peranti yang sesuai untuk anda. Baru sahaja dilancarkan, vivo V60 Lite 5G betul-betul teruji sampaikan kami pun dah putus asa. Kami dah cuba jatuhkan, hempas, malah dilanggar kereta — tapi vivo V60 Lite 5G tetap hidup dan terus beroperasi tanpa sebarang tanda menyerah. ...

The post Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni appeared first on WISER.MY.

]]>
Kalau anda mencari telefon pintar yang super tahan lasak, vivo ada model peranti yang sesuai untuk anda.

Baru sahaja dilancarkan, vivo V60 Lite 5G betul-betul teruji sampaikan kami pun dah putus asa.

Kami dah cuba jatuhkan, hempas, malah dilanggar kereta — tapi vivo V60 Lite 5G tetap hidup dan terus beroperasi tanpa sebarang tanda menyerah. 

Inilah satu-satunya telefon yang buat kami akhirnya putus asa untuk “dera” lebih jauh. 

Ketahanan luar biasa ini bukan sekadar gimik, ia adalah hasil daripada reka bentuk dan teknologi sebenar yang dibangunkan oleh vivo untuk memberi keyakinan tanpa kompromi.

Betul-Betul Mencabar Kesabaran Kami

vivo V60 Lite 5G membawa standard ketahanan ke tahap baharu. Dengan pensijilan SGS Five-Star Drop Resistance dan pensijilan ketenteraan, ia mampu menahan hentakan, jatuhan, dan tekanan dari pelbagai sudut. 

Ujian makmal vivo seperti ujian jatuhan dari ketinggian 1.5 hingga 2 meter ke atas lantai marmar dan kayu ada dibuat secara dalaman dan mengesahkan ia tahan jatuham

Tapi, bagi mengesahkan ujian itu, kami pula mengujinya sendiri.

@wisermy

Nak smartphone yang ganas-ganas dengan kamera confirm super cun pada waktu malam! pilih je vivo V60 Lite 5G ni settle. #vivo #vivov60lite

♬ original sound – Wiser MY – Wiser MY

Malah ke tahap yang lebih tinggi dari ujian makmal vivo dengan membuat ujian ekstrem dilenyek tayar kereta dan dijatuhkan dari tebing berbatu yang tinggi.

Lapisan Shield Glass yang melindungi skrin daripada retak, manakala badan tahan habuk dan percikan air memastikan prestasi optimum walaupun dalam hujan atau persekitaran berdebu. 

vivo malah menguji ketahanan air selama 12 jam dalam simulasi hujan, menunjukkan keyakinan terhadap reka bentuknya. Pendek kata, ini bukan sekadar telefon pintar — ia perisai digital anda.

Bukan setakat rendam, kami siap bawa mandi kolam telefon ni, tapi tetap kebal.

Kukuh di Luar, Padu di Dalam

vivo V60 Lite 5G bukan setakat kukuh fizikalnya, tapi ia turut dimuatkan dengan spesifikasi berkuasa.

Bagi mereka yang gemar mengambil, anda jangan risau sebab vivo V60 Lite 5G dilengkapi dengan kamera utama 50MP Sony IMX882, yang akan menyampaikan setiap perincian dalam foto nampak jelas walau di bawah lampu jalan.

Dengan ciri AI Master Aura Light Night Portrait, potret malam anda dijamin cun walau pencahayaan rendah.

Jadi, tak kisahlah anda ambil gambar waktu siang ke malam, foto anda takkan kabur, tetap terang dan tajam macam profesional yang ambil gambar.

Untuk meyampaikan prestasi kamera terbaik ini, sudah tentunya ia memerlukan kuasa pemprosesan yang cukup berkuasa.

Dikuasakan oleh cip MediaTek Dimensity 7360-Turbo, vivo V60 Lite 5G bukan sekadar tahan lasak tapi juga pantas dan responsif.

Dipadankan dengan 12GB RAM+12GB RAM maya dan 512GB storan, ia direka untuk multi tugas berat, permainan grafik tinggi, serta hiburan lancar.

Skrin pun besar, terang dan jelas.

Selain itu, dengan skrin AMOLED 6.77 incinya yang besar yang menyokong kadar segar setinggi 120Hz HDR10+, ia menyampaikan visual terang dan tajam hingga kecerahan maksimum 3000 nits.

Sudah tentunya hayat bateri yang mampu tahan seharian antara faktor utama pemilihan pengguna pada sesebuah peranti.

Satu lagi ciri menarik yang ada pada telefon ini adalah teknologi Bypass Charging memastikan suhu kekal sejuk ketika bermain sambil dicas, jadi anda boleh terus gaming tanpa risau telefon jadi panas.

Jangan bimbang, bateri dilindungi dengan begitu baik di dalam kerangka yang kukuh. Ditambah dengan ciri Bypass Charging, vivo V60 Lite 5G imenjamin keselamatan maksimum kepada pengguna.

Kami Angkat Tangan

Selepas berhari-hari “mendera” telefon ini, kami akhirnya terpaksa mengakui bahawa vivo V60 Lite 5G adalah simbol peranti moden tahan lasak ketika ini.

Jadi, kalau anda mencari peranti untuk aktiviti aktif dan lasak tanpa mengira keadaan, vivo V60 Lite 5G adalah jawapannya.

Sebab kami dah cuba jatuhkan, lenyek, dan rendam, tapi vivo V60 Lite 5G terus berdiri teguh enggan mengalah.

Akhirnya, kami yang menyerah, bukan telefon ini.

vivo V60 Lite 5G dengan harga bermula RM1,199 kini sudah tersedia di pasaran Malaysia yang boleh dibeli dari stor rasmi:

*Artikel ini dibawakan oleh vivo Malaysia.

The post Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni appeared first on WISER.MY.

]]>
361246
PC AIO Yang Buat Meja Kerja Nampak Lebih Kemas https://wiser.my/pc-aio-ni-pilihan-paling-bijak-untuk-pks-spesifikasi-future-proof Tue, 14 Oct 2025 12:35:26 +0000 https://wiser.my/?p=360559 Dalam dunia perniagaan yang semakin pantas, kejayaan sesebuah syarikat bergantung pada kecekapan, keselamatan data, dan keupayaan syarikat menyesuaikan dengan perubahan teknologi. Malah, isu lain seperti penyelenggaraan, naik taraf dan khidmat selepas jualan juga kini menjadi perkara penting supaya operasi perniagaan dapat berjalan dengan lancar dan kos efektif yang tidak memeningkan kepala kemudiannya. Di sinilah ASUS...

The post PC AIO Yang Buat Meja Kerja Nampak Lebih Kemas appeared first on WISER.MY.

]]>
Dalam dunia perniagaan yang semakin pantas, kejayaan sesebuah syarikat bergantung pada kecekapan, keselamatan data, dan keupayaan syarikat menyesuaikan dengan perubahan teknologi.

Malah, isu lain seperti penyelenggaraan, naik taraf dan khidmat selepas jualan juga kini menjadi perkara penting supaya operasi perniagaan dapat berjalan dengan lancar dan kos efektif yang tidak memeningkan kepala kemudiannya.

Di sinilah ASUS hadir menawarkan penyelesaian menyeluruh untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan menawarkan PC desktop semua dalam satu (AIO), ASUS ExpertCenter P440.

ASUS ExpertCenter P440

Dilengkapi dengan pemproses Intel® Core™ yang dipadankan bersama jenis memori RAM DDR5 terkini dengan sokongan sehingga 64GB, serta storan pantas SSD sehingga 2TB, komputer ini direka untuk menangani tugasan berat dengan lancar.

Sama ada anda mengurus data pelanggan, menjalankan mesyuarat maya, atau menghasilkan kandungan kreatif — ExpertCenter P440 memastikan setiap tugas diselesaikan dengan pantas dan sempurna.

Ruang storan yang boleh dinaik taraf sehingga 2TB menjanjikan ketersediaan untuk simpanan data besar.

Salah satu kelebihan utama PKS menggunakan PC semua dalam satu ASUS ExpertCenter P440 ini ialah ia menjadikan ruang kerja yang kemas.

Tak perlu sambungan wayar berselirat, rangkaian internet pantas juga disambungkan menerusi perkakasan Wi-Fi 7 yang tersdia dalam ExpertCenter P440 untuk sambungan ultra laju dan stabil.

Direka bentuk kompak yang menjimatkan ruang, PC desktop semua dalam satu ini juga secara dalaman perkakasannya direka dengan reka letak kemas yang bukan sahaja memudahkan naik taraf pada masa depan, tapi juga untuk ciri penyejukkan yang menawarkan operasi senyap sepanjang masa.

Data dijamin selamat

Keselamatan data adalah sangat kritikal kepada sesebuah organisasi.

Sebab itulah ExpertCenter P440 dilengkapi ciri keselamatan gred perniagaan seperti TPM 2.0, perlindungan BIOS, dan perisian McAfee+ Premium bagi menjamin data sulit syarikat mahupun pelanggan anda kekal selamat daripada ancaman digital.

Malah, PC ini tersedia dengan sokongan Kensington Lock. Jadi, jika berlaku sebarang insiden pecah masuk ke pejabat atau rumah, penyamun takkan dapat larikan PC ini.

Untuk lebih privasi lagi, ExpertCenter P440 dilengkapi ciri kamera fizikal yang boleh disimpan

Jaminan & sokongan

Antara isu yang paling dibimbangi pengguna biasanya selepas membeli sesebuah PC adalah khidmat selepas jualan dan jaminan.

Di sinilah ASUS terkehadapan di mana mereka menawarkan ke atas setiap pembelian ExpertCenter P440 disertakan dengan waranti selama 3 tahun.

Tidak cukup dengan itu, untuk menyenangkan lagi anda, ASUS menawarkan servis On-Site NBD (Next Business Day) di Malaysia yang boleh dilanjutkan sehingga 5 tahun.

Jadi, sekiranya anda berdepan sebarang isu dengan PC ini, ASUS akan menghantar tenaga teknikal mereka ke lokasi bagi menyelesaikan isu yang dihadapi PC anda sepanjang tempoh jaminan itu.

Pilihan bijak PKS

Apa yang dapat disimpulkan, ASUS ExpertCenter P440 bukan sekadar komputer — ia adalah pelaburan jangka panjang untuk pertumbuhan perniagaan mahupun pengguna umum.

Kecekapan operasi dapat ditingkatkan tanpa gangguan teknikal, kos yang rendah dengan keupayaan naik taraf perkakasan, menjaminkan operasi syarikat berjalan seiring dengan perkakasan terkini untuk tempoh yang lama.

ASUS ExpertCenter P440 dilengkapi paparan NanoEdge Full HD anti silau dengan kadar segar semula 100Hz memberikan visual tajam dan warna terang lengkap pembesar suara terbina yang menyokong Dolby Atmos. Sekali gus memberikan pengalaman bekerja produktif dan menyeronokkan.

Jadi, sama ada di pejabat, ruang kerja di rumah, atau bilik darjah moden, PC AIO ini boleh disesuaikan dengan pelbagai keperluan.

Tingkatkan produktiviti anda hari ini secara bijak dengan ASUS ExpertCenter P440.

Kunjungi pengedar sah ASUS seluruh Malaysia atau layari www.asus.com/my untuk maklumat lanjut.

*Artikel ini dibawakan oleh Asus Malaysia.

The post PC AIO Yang Buat Meja Kerja Nampak Lebih Kemas appeared first on WISER.MY.

]]>
360559
Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni https://wiser.my/cakap-je-dalam-bahasa-melayu-ai-realme-15-pro-terus-ubah-gambar Thu, 18 Sep 2025 11:13:08 +0000 https://wiser.my/?p=358497 Baru-baru ini Google umumkan Gemini Nano Banana, model AI generatif ringan yang mampu hasilkan imej secara pintar. Ramai teruja mencuba, tetapi kebanyakan fungsi anda perlu menggunakan aplikasi Gemini atau dari pelayar web. Namun, realme melangkah setapak lebih jauh dengan memperkenalkan inovasi yang digelar sebagai “The Ultimate AI Party Phone. Melalui realme 15 Pro, anda kini...

The post Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni appeared first on WISER.MY.

]]>
Baru-baru ini Google umumkan Gemini Nano Banana, model AI generatif ringan yang mampu hasilkan imej secara pintar. Ramai teruja mencuba, tetapi kebanyakan fungsi anda perlu menggunakan aplikasi Gemini atau dari pelayar web.

Namun, realme melangkah setapak lebih jauh dengan memperkenalkan inovasi yang digelar sebagai “The Ultimate AI Party Phone.

Melalui realme 15 Pro, anda kini boleh menikmati AI Edit Genie pertama di dunia, teknologi yang membolehkan gambar diubah hanya dengan arahan suara. Lebih menarik, ia memahami Bahasa Melayu selain Inggeris dan Mandarin.

Edit Gambar Semudah Bercakap

 

AI Edit Genie menjadikan proses editing jauh lebih mudah. Tidak perlu lagi membuka Photoshop atau aplikasi kompleks. Cukup sebut:

  • “Buang orang belakang” untuk hilangkan photobomber.
  • “Pakaikan spec mata” untuk tambah aksesori.
  • “Tukar baju ni warna putih” untuk ubah pakaian.

Semuanya berlaku dalam beberapa saat. Fungsi ini juga menyokong multi-step editing.

Gambar di bawah adalah cara menggunakan AI Edit Genie.

Anda boleh berkata, “Tukar background jadi pantai, tambah cermin mata hitam dekat muka”, dan hasilnya terus siap.

Sebagai contoh, gambar di bawah adalah memberi arahan untuk membuang ‘photobomb’ dan juga menukar latar belakang.

 

realme turut berkongsi beberapa idea yang dekat dengan kehidupan kita:

  • Selfie di mamak makan roti canai, kemudian edit jadi fine dining makan steak.
  • Malas bangun awal untuk hiking? Cipta alasan dengan menambah hujan dalam gambar.
  • OOTD dengan seluar pendek, tetapi edit kepada jeans supaya nampak lebih sopan untuk dikongsi

Fungsi ini bukan sekadar alat teknikal, tetapi medium kreatif yang menjadikan perkongsian gambar lebih menyeronokkan. Lihat contoh di bawah yang mana anda boleh serlahkan bakat kreatif yang terpendam.

Kamera Mantap, Hasil Lebih Berkualiti

Kehebatan AI Edit Genie disokong oleh sistem kamera yang cemerlang pada realme 15 Pro. Ia hadir dengan tiga kamera 50MP (utama, ultra lebar dan swafoto), kesemuanya menyokong rakaman 4K 60fps.

Ini merupakan kelebihan besar dalam segmen mid-range kerana bukan hanya kamera utama, malah kamera ultra-lebar dan kamera swafoto juga mampu merakam video berkualiti tinggi.

Dengan kualiti asas yang sudah tinggi, AI Edit Genie memberi ruang untuk meningkatkan hasil mengikut kreativiti pengguna.

Lebih Daripada Sekadar Telefon

AI Edit Genie menjadikan suntingan gambar sesuatu yang spontan dan mudah. Arahan suara dalam Bahasa Melayu menjadikan pengalaman ini lebih dekat dengan pengguna tempatan.

Jika sebelum ini edit gambar yang “wow” memerlukan laptop dan perisian kompleks, kini cukup dengan satu peranti yang nipis dan ringan. Semua orang boleh jadi “pro editor”.

Ciri Lain

Selain AI Edit Genie, realme 15 Pro menawarkan cip pemprosesan berprestasi Snapdragon 7 Gen 4, bateri besar 7000mAh dengan pengecasan pantas 80W, rekaan ultra-slim dengan skrin 144Hz 4D Curve+, serta perlindungan IP69 tahan air dan debu.

Ia adalah pakej lengkap untuk anda yang mahukan telefon bergaya, tahan lama dan praktikal.

Kesimpulan

Selepas Google memperkenalkan Gemini Nano Banana untuk dunia AI, realme membuktikan teknologi ini bukan lagi sekadar eksperimen.

Dengan AI Edit Genie pertama di dunia, realme 15 Pro membuka ruang bagi semua orang untuk mengedit gambar hanya dengan suara.

Inilah masanya untuk anda merasai sendiri pengalaman kreatif dan suntingan gambar hanya menggunakan arahan suara.

Telefon ini dijual pada harga bermula RM1,799 dan tersedia untuk dibeli melalui kedai fizikal serta platform e-dagang seperti Shopee dan Lazada.

*Artikel ini dibawakan oleh realme Malaysia

The post Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni appeared first on WISER.MY.

]]>
358497
‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0 https://wiser.my/trade-in-dengan-maxis-dapat-telefon-baru-dari-rm0 Fri, 12 Sep 2025 10:03:22 +0000 https://wiser.my/?p=357461 Memiliki telefon pintar hari ini sememangnya mudah. Tetapi, memiliki peranti baharu tanpa rasa terbeban itu lain pula ceritanya. Malah dengan risiko yang tidak terduga apabila memiliki peranti baharu yang mungkin mahal untuk dibaiki menambah lagi rasa bimbang. Sebab itulah, Maxis menawarkan kemudahan memiliki peranti baharu tanpa rasa terbeban sambil memastikan peranti anda dilindungi dan mudah...

The post ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0 appeared first on WISER.MY.

]]>
Memiliki telefon pintar hari ini sememangnya mudah. Tetapi, memiliki peranti baharu tanpa rasa terbeban itu lain pula ceritanya.

Malah dengan risiko yang tidak terduga apabila memiliki peranti baharu yang mungkin mahal untuk dibaiki menambah lagi rasa bimbang.

Sebab itulah, Maxis menawarkan kemudahan memiliki peranti baharu tanpa rasa terbeban sambil memastikan peranti anda dilindungi dan mudah dinaik taraf ke model terkini.

Dengan Maxis, tiada penalti kontrak

Anda dapat model peranti terkini yang diidamkan dengan pelan pasca bayar Maxis.

Malah, Maxis menawarkan pilihan pelan ansuran bulanan serendah mungkin mengikut kemampuan anda, atau anda boleh sahaja membayar harga pendahuluan peranti untuk nikmati lebih banyak diskaun.

Menerusi Pascabayar Maxis, anda boleh memiliki Samsung Galaxy Z Flip 7 (256GB) yang berharga RM4,999 dengan penjimatan sebanyak RM2,299.

Malah, semua peranti yang ditawar Maxis ini tidak dikenakan penalti kontrak kepada anda, sekali gus anda bebas untuk membatalkan kontrak pada bila-bila masa dengan hanya perlu bayar baki harga peranti sahaja. 

Dengan ini, anda bukan sahaja boleh menaik taraf peranti baharu, tetapi anda juga boleh menaik taraf kad SIM fizikal anda kepada eSIM dengan Maxis. Ianya lebih mudah dan selamat untuk dipasang dan digunakan.

“Trade-In dengan Maxis”

Tahukah anda bahawa Maxis ada menawarkan program Trade-In, yang membolehkan anda menukar peranti lama anda (untuk apa sahaja model peranti lama) dengan tawaran nilai trade-in yang kompetitif untuk anda miliki model baharu.

Jadi, ini akan membolehkan anda memiliki peranti baharu dengan Maxis pada harga yang jauh lebih berbaloi untuk peranti pintar.

Anda tidak perlu bimbang tentang data yang tersimpan dalam peranti lama anda kerana proses tukar beli dibantu oleh pakar Maxis termasuk pemindahan data dari telefon lama ke baharu.

Dengan Maxis, anda dapat nilai terbaik untuk peranti lama dan jadikan rebat untuk peranti baharu.

Peranti selamat dengan Maxis Device Care

Maxis menawarkan perlindungan secara percuma selama 3 bulan kepada anda untuk setiap pembelian peranti baharu.

Malah, untuk pelanggan Maxis Postpaid 139 dan ke atas, anda boleh menaik taraf ke pelan Maxis Device Care Plus secara percuma.

Insiden seperti kerosakan atau kecurian boleh berlaku tanpa diduga. Skrin retak akibat terjatuh, terkena air atau kehilangan peranti adalah antara cabaran yang paling merisaukan pengguna. 

Sebab itulah, Maxis menawarkan perlindungan lanjutan menerusi Maxis Device Care yang memberikan anda ketenangan minda daripada segala risiko yang tidak terjangka itu.

Sama ada peranti baharu atau peranti yang diperbaharui, Maxis Device Care menawarkan gantian 1-1 untuk peranti tersebut.

Perlindungan daripada kerosakan tidak disengajakan, skrin retak dan juga kecurian juga turut ditawarkan dengan Maxis Device Care Plus.

Maxis turut menawarkan kelebihan lain seperti sooka Premium percuma (tawaran tempoh terhad) kepada pelanggan baharu atau sedia ada yang menaik taraf ke Maxis Postpaid 139, 169, atau 199. 

Anda boleh strim pelbagai rancangan hiburan dan sukan langsung melalui sooka Premium pada harga RM25/bln berbanding harga asal RM49.90/bln selepas tempoh tawaran tamat.

Lebih berbaloi dengan Maxis

Dengan Maxis, anda tidak sekadar membeli peranti. Anda juga boleh menikmati lebih penjimatan menerusi pelan tanpa penalti kontrak, perlindungan peranti dan kemudahan trade-in,

Maxis memastikan perjalanan memiliki telefon pintar baharu anda adalah yang paling mudah, tanpa beban dan berbaloi.

Kunjungi pusat Maxis berdekatan anda hari ini dan alami sendiri cara paling mudah miliki peranti atau layari laman web rasmi Maxis untuk info lanjut.

{suggest}

The post ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0 appeared first on WISER.MY.

]]>
357461