Peminat Tempatan Kini Lebih Mudah Menyaksikan Perlawanan Bola Sepak Secara Dalam Talian

Sukan nombor satu dalam negara, bola sepak, kini maju selangkah lagi dalam arena penyiarannya dimana musim 2018, peminat boleh menonton perlawanan siaran langsung melalui dalam talian.

Penstriman secara langsung ini merupakan hasil kerjasama antara FAM dan penyiark kandungan strim, iflix, dan ia telah diumumkan semalam oleh Presiden FAM, Tunku Ismail.



Melalui saluran khusus Football Malaysia on iflix, peminat akan disajikan dengan perlawanan-perlawanan dari Liga Super, Piala Malaysia, Piala FA dan beberapa kejohanan terpilih yang lain.

Dengan yuran bulanan serendah RM20, ia dilihat sebagai alternatif kepada peminat tempatan yang mungkin tidak berpeluang menyaksikan perlawanan di TV, tetapi mempunyai sambungan internet untuk membuat penstriman secara langsung.

Sumber: FAM