Peminat E-Sukan Boleh Mendapatkan Vivo Y17 Secara Percuma Untuk Pendaftaran Pelan Celcom Platinum atau Platinum Plus

Berita baik buat peminat E-Sukan di Malaysia, apabila Vivo Malaysia telah mengumumkan peranti terbarunya iaitu Vivo Y17 boleh didapati secara percuma dengan mendaftar Pelan Celcom Platinum dan Platinum Plus yang menawarkan internet 60GB dan 100GB yang bernilai RM148 dan RM188 sebulan.



Vivo Y17 menawarkan beberapa ciri yang menarik, antaranya dan Ultra Game Mode yang direka untuk memberikan pengalaman yang baru kepada pengguna bermain permainan mobil. Para pengguna boleh bermain seperti pro dengan menggunakan Competition Mode, yang memperuntukkan sumber sistem yang mengutamakan prestasi permainan seseorang. Ditambah pula dengan system Dual-Turbo, pengguna akan dapat menikmati prestasi permainan yang lebih pantas.

Vivo Y17 mempunyai Paparan Halo FullView ™ 6.35-inci dengan nisbah 19.3: 9. Dengan penggunaan skrin yang bersaiz besar dan tiada Bezel, para pengguna akan lebih menikmati permainan E- sports mereka. Peranti ini juga mempunyai bateri berkapasiti 5,000mAh yang akan memberikan pengalaman bermain permainan mobil dan menonton video tanpa perlu bimbang untuk mengecas semula.


Untukkamera pula, Vivo Y17 mempunyai kamera hadapan bersaiz 20MP disokong oleh sistem AI Face Beauty yang mampu menangkap butiran muka yang lebih halus dan menghasilkan gambar yang lebih jelas. Peranti ini juga dilengkapi dengan tiga kamera utama iaitu, Kamera Utama 13MP, Kamera Wide-Angle 8MP, dan Kamera Depth Sensor 2MP, pengguna mampu untuk menangkap gambar mereka yang indah dengan mudah.

Vivo Y17 juga dilengkapi dengan teknologi pengecasan pantas Fast Dual-Engine yang mampu mengecas dalam masa yang singkat. Ia juga lebih selamat digunakan, dengan penggunaan sembilan teknologi perlindungan pengecasan yang melindungi kedua-dua bateri dan proses pengecasan.


Dijana dengan cip pemproses Mediatek Helio 12nm dan kelajuan sehingga 2.3GHz, RAM 4GB dan 128GB ROM ia membolehkan pengguna untuk menyimpan lebih banyak aplikasi dan menjalankan aplikasi dengan lancar. Ia juga mempunyai Vivo's Funtouch OS 9, sistem operasi yang disesuaikan berdasarkan Android 9.0.