Peminat Di Malaysia Bakal Terima Produk Asus Gundam Tidak Lama Lagi

Tahun lalu, Asus telah bekerjasama dengan Bandai menerusi pelbagai produk Asus yang bertemakan Gundam seperti router dan perkakas komputer.

Setelah sekian lama, akhirnya produk Asus yang berkolaborasi dengan Gundam ini bakal tiba buat peminat di Malaysia.

Buat masa sekarang, belum ada tarikh rasmi lagi bagi kehadiran produk-produk ini akan tetapi berdasarkan status yang dikongsikan di Facebook Asus, ia bakal hadir tidak lama lagi.



Selain itu, Asus juga tidak mendedahkan produk apa yang akan dibawa masuk ke Malaysia. Adakah hanya satu produk atau kesemuanya sekali.

Kapsyen: RTX 3090 ASUS X GUNDAM


Walau bagaimanapun, anda perlu menjangkakan harga jualan yang premium bagi produk-produk ini memandangkan ia merupakan edisi khas daripada Asus.

Sumber: Facebook Asus Malaysia